Saturday, November 12, 2011

~Rentak Fashika1

Genre : Puisi
Tajuk : Paluan irama di benak warisan

secangkir rasa membuai kalimah,
menghitung bait tanpa bicara,
diwarkah ini bersaksi pena,
mencari paluan rentak berirama,

anak-anak bangsaku,
kian egois bersama limpahnya reproduksi transformasi,
mencelah di segenap ruang lingkup,
segalanya mencabar identiti,
tatkala itulah malapnya warisan bangsa,

diterangi si tua yang bermadah,
di hening subuh melakar tinta,
wasiat warisan zaman berzaman,
buat anakanda juga cucunda,
menjadi wadah penyambung warisan,
tatkala ajal menjemput pergi,

bangsa kita bangsa pelbagai,
namun teguh di bawah 1 rumpun,
erat berpadu di bawah naungan,
1Malaysia jadi pegangan,

pelbagai budaya juga adat,
pelbagai warisan ditakluk sejarah,
entilog dan penilog terus bercambah,
bagai melakar metafora,
di jalan ini mula berdesing,
laungan kemerdekaan terpahat di jiwa,
takkan tercalar walau sejuta rasa,
mengundang nestapa di malam suram,
biarkan anakanda penyambung warisan,
Malaysia jua tetap di hati...

Nukilan : Fatin Syuhada
Puisi ini sepatutnya dipertandingkan di Pesta Warisan Unitar....tapi bukan rezeki untuk mengikuti,akhirnya terkubur di teratak ini sebagai tatapan buat pembaca...