Tuesday, July 9, 2013

Alah Bisa Tegal Biasa

Assaamualaikum wbt...Alhamdulillah bertemu lagi di Ramadan Al Mubarak.mudah-mudahan ramadan kali ini memberi seribu makna buat kita semua, InsyaAllah..

Hampir setahun menghilangkan diri dari dunia bogger,akhirnya aku kembali membawa 1001 cerita dan rasa.bnyak suka dan duka berlaku sepanjang hmpir setahun tidak menulis ini. tahun ini merupakan tahun keempat aku berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,Tuaran. tahun ini juga merupakan tahun pertama aku berpraktikum. praktikum pertama telah diharungi dengan jayanya di sekolah puncak alam iaitu SK.Nongkolud, Tuaran.perjalanan hanya memakan masa 10 minit sahaja dari IPG ke sekolah tersebut.walaubagaimanapun, keadaan perjalanan ke sekolah itu amatlah sukar kerana perlu mengharungi bukit-bukit yang sempit dan curam. Alhamdulillah akhirnya berkat usaha dan kerja keras praktikum 1 aku berjaya memperolehi A+. hal ini menjadikan 1 motivasi bagi terus mengekalkan prestasi dan sekaligus mahu menjadi pendidik yang berkaliber bukan dari sudut akademik,malah juga sahsiah,etika,dan sebagainya.

Alhamdulillah, kali ini sekali lagi akan berpraktikum untuk fasa kedua iaitu selama 2 bulan di SK.Laputong, Tamparuli.kali ini aku dan Najihah rakan sekuliah telah terdampar agak jauh dari rakan-rakan yang lain yang hanya berada di sekolah-sekolah sekitar Tuaran.aku harap praktkum kali ini terlalu besar cabarannya, jadi mudah-mudahan berjaya mengharungi jua seperti praktikum 1 dahulu...Selamat menjalani ibadah puasa dan berpraktikum..


Cikgu Syuhada,
SK. Laputong, Tamparuli
15 Julai 2013-20 September 2013