Assalamualaikum w.b.t
hari ni, lahamdulillah ku pnjatkan kesyukuran pada illahi kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara di atas bumi pinjaman Allah ini. apa yang ingin dikongsikan pada hari ini adalah kisah sahabat yang menyambung pengajian di Mesir iaitu salah satu tempat yang dipanggil ardhul kinanah. sahabat tersebut sedang berada di tahun akhir pengajian dan beiau mengambil jurusan perubatan di Universiti zagaziq. hatiku tersentuh bila membaca entrinya yang berunsurkan motivasi dan memberikan kesedaran pada diri ini khsusunya.
entrinya ialah berkaitan ramadhan rinduku pada kota suci Mekkah. tahun lalu, sewaktu ramadhan, beliau berpeluang menjejakkan kaki di kota suci mekkah untuk mengerjakan umrah ketika ramadhan. tersentuh hatiku membaca entrinya. beliau mengatakan kebanyakan mahasiswa yang belajar di Mesir berlumba-lumba melancong ke negara barat, namun tidak ke kota suci mekkah. baginya selagi ada kesempatan dan tambahan lagi negara mesir berhampiran dengan kedudukan tanah suci tersebut, berkunjung ke kota suci mekkah itu adalah lebih penting. hal ini kerana kita tidak tahu bila hayat kita berakhir sehingga kita belum sempat melihat tempat yang menjadi kebanggaan umat islam sedunia. ya Allah, air mataku mengalir membaca bait-bait tersebut. benarlah katanya, hari ini kebanyakan orang berlumba-lumba untuk pergi melancong ke negara-negara barat. bukanlah aku mau mengatakan melancong ke negara barat tersebut tidak bagus, namun tidakkah kita terdetik di dalam hati bahawa berkunjung ke kota suci mekkah itu adalah lebih baik daripada kita membuang duit melancong ke tempat-tempat lain.
memanglah faktor kewangan juga menajdi kekangan pada kita untuk sampai ke tempat tersebut. namun, jika berusaha, segalanya tidak mustahil. kuasa Allah itu amat besar, Dia mampu menjadikan yang mustahil kepada mustahil. seprtimana kisah sahabat ketika mengerjakan tawaf di kaabah, beliau mengerjakan tawaf pada ketika bulan ramadhan yang mana menghampiri waktu berbuka puasa. namun, pada ketika itu, beliau tiada apa-apa untuk dimakan melainkan air zam-zam. pada pusingan ke-3 beliau terhenti seketika dan berfikir sejenak apakah santapanya jika azan berkumandang pada ketika ini. yang ada hanyalah air zam-zam. setelah beliau selesai mengerjakan dan berlalu di hijir ismail, datang seorang lelaki tua bersama sebungkus kurma dan memberikan kepadanya. betapa dia terkejut bahawa kurma tersebut terlalu segar seolah baru dipetik beberapa saat yang lalu dari pohon dan dari sana dia sedar bahawa Allah itu berkuasa dan memberikan apa yang kita perlukan. ya Allah sekali lagi terasa airmata ku mengalir membasahi pipi membaca keangungan kuasa illahi.
ya Allah...
aku sedar betapa hinanya hambamu ini,
terlalu banyak dosa-dosaku,
namun...
jika ku diberi kesempatan,
ingin ku berkunjung ke tanah suciMu,
untukku menyingkap lemabran kehidupan yang baru,
penuh barakah,
jua keinsafan..
harapan ramadhan kali ini...mudah-mudahan aku masih diberi kesempatan untuk menunaikan umrah dan haji di tanah suci mekkah..
No comments:
Post a Comment