Sunday, September 16, 2012

My Baby...

Assalamualaikum wbt..salam sejahtera semuanya..

lama xupdate blog busy melanda bagai ribut taufan yang mengganas.anyway curi masa sedikit utk berkongsi cerita sal 'my baby'..oh..lelelele..

pada 2 sept 2012, berjalan-jalan d tamu tuaran selepas makan roti canai di kedai mamak hajat di hati mau mencari chesse kek yg sedap tu kt tmpt besa.tapi jalan pnya jalan xsmpai pun kt gerai akak tu kmi bhenti kt gerai pet.omoooo,ada arnab yg comellah.aku yang sememangnya penakut haiwan no feeling juga mulanya.tapi bila aku tgk agak2 lah bulu dia comel btul..apalagi si dia pn ckp "comellah".dia nk beli lah tu dlm ati aku.pastu kami jalan ja, aku nmpk dia da xtntu arh cm nk ja ambi tu arnab.tiba2 dia ckp "eh nk beli ke x".aku pun cakap mna2 jalah.heheh.padahal dlm ati aku ckp belilah..whahaha.sebab comel bha.

last2 dia pun beli juga.yesszza!bebunga ati aku.hihi.tp aku masih takut2 nk pegang.cm dia nk gigit ja.kmi beli dia ngn hrga RM25 n beli mknan dia trus,pastu beli sangkar dia yg berharga RM32 smuanya total kmi beli dia n keperluan dia RM 65.yesss...da dpt arnab.aku yg bg nma dia.nma dia baby!

nama caya baby...
apa2 pun bby ni mmg comel, tp kena rajinlah jaga.sbb of coz la kna jga kebersihan dia ngn mkn n minum dia.mula2 aku jga stiap 1 jam kna bersihkn sngkar dia buang najis dia,bsuh kencing dia,tambh mknan dia ngn tukar air minuman dia. tp dah skrg ni xlagi lha wat cmtu.sbb aku dah ajar c bby ni jga kbersihan sendiri.so,lau dia berak mmg kemas la taik2 dia bkumpul kt bwh tu.lau kencing pun skrg xlg kencing sembarang.lau dia kt luar sangkar cpt2 dia balik kt sngkar nk peeee dulu bru smbung kuar main.

makan dia pula of coz aku ngn dia jaga.tp kami rasa2 lah c bby ni dah obes..hahahha.tlebih makan baja.makanan dia cm besalah baja tetap ada, sayur sawi,lobak n mknan tmbhn yg len2 sperti susu, bread n kui raya pun dia makan. selain tu, stp ptg kena bwa dia snaman juga kt tnh lapang yg rumput menghijau. sbb ni membantu tumbesaran dia skaligus supaya dia sihatlah. apalagi tiap ptg 30 minit msti bwa dia main kt rumput tu then dia lari2 hepi gila2 mlompat lau bole tinggi ke awan. ni aku xrisau st lau nk bg dia lpas sbb dia pndai dtg sndri lau kna pggil nma dia.so, dia da adapt lah tu kmi ni tuan dia.cium ja tapak tangan trus dia knal tuan dia.so,lau dia cium tapak tangan org len konpom dia lari sbb dia tau tu bkn tuan dia..pintar kn..

ni 1st tyme try bg dia mkn lobak.now ni mmg da jd fevret dialah.tp mnja mnta kna suap bru dia laju ja mkn.
smua yg hijau2 dia ngap ja.tp aku xmau la bg dia kangkung.kangkung ni buat arnab sakit perut t xpasal2 dia sakit hah,susah ati c kwan.
ni sangkar dia..keci ja..huhu..xpa,yg penting kbersihan dia mmg owez jd keutamaan.dlu lapis dia tu aku basuh 3 hari sekali.sekarang hari2 aku basuh supaya dia slesa ja tdo ngn bau2 yg segar.
ni bby main ngn papa dia.dia mmg mintapuji sikit bila ngn papanya.cm nk x nk ja kna pegang.besalah jantan ngn jantan.hahahhaha
bila ngn mama dia konpom la dia gete ckit..hahhahah.mnja bkn main lgi.

anyway sbb arnab ni xtau cmna bunyi dia,papa dia p belikan gelang silver kt c bby.ahakz!berbunyi kring..kring lau dia bgerak.gelang tu dala besar,bby ni bulu ja gebu tp kurus juga rupanya pa lg gelang tu ltak kt bdn dia.spatutnya nk ltak kt leher dia,tp leher dia keci sgt.hehehe.

skrg ni dia mcm lazy ckit la.asyik tdo,mkn,bersihkn diri.alahai da macho pun bby ni.memandangkan ada member kitorang da beli arnab betina,c papanya mau kasi kwn sma tu arnab member.lolll...nk jumpa girlprenlah katakan.so arini ptg karang c bby balik kt tmpt papanya nk bjumpa girlprennya. tp ada berita sedih jugalah td pg bila kna gtau girlprennya pth kaki kot or tseliuh pas main kejar2 ngn ank kucing.alahai blm jmpa boypren da sakit..mcm na ni..hihi..ok,len kali d update lagi sal bby ni..tata...
gedik sma mamanya...lolol...

Sunday, August 5, 2012

Dari emas ke jauhari hati

Assalamualaikum w.b.t

hari ni, lahamdulillah ku pnjatkan kesyukuran pada illahi kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara di atas bumi pinjaman Allah ini. apa yang ingin dikongsikan pada hari ini adalah kisah sahabat yang menyambung pengajian di Mesir iaitu salah satu tempat yang dipanggil ardhul kinanah. sahabat tersebut sedang berada di tahun akhir pengajian dan beiau mengambil jurusan perubatan di Universiti zagaziq. hatiku tersentuh bila membaca entrinya yang berunsurkan motivasi dan memberikan kesedaran pada diri ini khsusunya.

entrinya ialah berkaitan ramadhan rinduku pada kota suci Mekkah. tahun lalu, sewaktu ramadhan, beliau berpeluang menjejakkan kaki di kota suci mekkah untuk mengerjakan umrah ketika ramadhan. tersentuh hatiku membaca entrinya. beliau mengatakan kebanyakan mahasiswa yang belajar di Mesir berlumba-lumba melancong ke negara barat, namun tidak ke kota suci mekkah. baginya selagi ada kesempatan dan tambahan lagi negara mesir berhampiran dengan kedudukan tanah suci tersebut, berkunjung ke kota suci mekkah itu adalah lebih penting. hal ini kerana kita tidak tahu bila hayat kita berakhir sehingga kita belum sempat melihat tempat yang menjadi kebanggaan umat islam sedunia. ya Allah, air mataku mengalir membaca bait-bait tersebut. benarlah katanya, hari ini kebanyakan orang berlumba-lumba untuk pergi melancong ke negara-negara barat. bukanlah aku mau mengatakan melancong ke negara barat tersebut tidak bagus, namun tidakkah kita terdetik di dalam hati bahawa berkunjung ke kota suci mekkah itu adalah lebih baik daripada kita membuang duit melancong ke tempat-tempat lain.

memanglah faktor kewangan juga menajdi kekangan pada kita untuk sampai ke tempat tersebut. namun, jika berusaha, segalanya tidak mustahil. kuasa Allah itu amat besar, Dia mampu menjadikan yang mustahil kepada mustahil. seprtimana kisah sahabat ketika mengerjakan tawaf di kaabah, beliau mengerjakan tawaf pada ketika bulan ramadhan yang mana menghampiri waktu berbuka puasa. namun, pada ketika itu, beliau tiada apa-apa untuk dimakan melainkan air zam-zam. pada pusingan ke-3 beliau terhenti seketika dan berfikir sejenak apakah santapanya jika azan berkumandang pada ketika ini. yang ada hanyalah air zam-zam. setelah beliau selesai mengerjakan dan berlalu di hijir ismail, datang seorang lelaki tua bersama sebungkus kurma dan memberikan kepadanya. betapa dia terkejut bahawa kurma tersebut terlalu segar seolah baru dipetik beberapa saat yang lalu dari pohon dan dari sana dia sedar bahawa Allah itu berkuasa dan memberikan apa yang kita perlukan. ya Allah sekali lagi terasa airmata ku mengalir membasahi pipi membaca keangungan kuasa illahi.

ya Allah...
aku sedar betapa hinanya hambamu ini,
terlalu banyak dosa-dosaku,
namun...
jika ku diberi kesempatan,
ingin ku berkunjung ke tanah suciMu,
untukku menyingkap lemabran kehidupan yang baru,
penuh barakah,
jua keinsafan..


harapan ramadhan kali ini...mudah-mudahan aku masih diberi kesempatan untuk menunaikan umrah dan haji di tanah suci mekkah..

Friday, August 3, 2012

Cerita seorang bakal guru

Assalamualaikum w.b.t

Akibat kesibukan melanda minggu lalu, namun ku bersyukur jugalah dpt pulang rumah berbuka sma family 2 hari.yeahhh..sebenanya bukan tu pun yg mau diceritain lorh..

Al-kisahnya :
sepanjang minggu ni aku muntah RPH (Rancangan Pengajaran Harian) dohhh..sakit juga kepala den.dari ari isnin da semak otak wat RPT a.k.a Rancangan Pengajaran Tahunan. nah, nasiblah badan sbb dpt kos Pengajian Sosial..aceli aku masih samar-samar lagi kuar nnt nk ajar apa ek..lau time2 aq da kuar t,nganm2 lg da manush tu PSK n KT,apalah mau d ajarin ni?nah..kos Pengajian sosial ni ajar Kajian Tempatan n Pendidikan Sivik Kewarganegaraan.mantap bha kami..tu lha skrg lau blajar kna wat 2 RPH lorh..tu bru major,lum minor nya PJ ngan BM.nk mampos...

so..for de 1st time aku gagah buat RPH sendiri.sebelum ni kami selalu juga buat tapi berkumpulan.kali ni madam ajar kami utk wat secara individu.yg paling aku xtahan bila kna bentang kt dpn klas.omoooo!xdpt bygkan komentar dari madam kang..pedas,berdesing dohhh..tmbh2 aku jd org 1st bentang,gegar nk pengsan pun ada.tp syukur lah dpt madam tau.dia memimbing ke jalan yg benar.walaupun kritikan pedas,tp kritikannya sgt membina dan membimbing ke jalan yg benar.

nak dijadikan cerita RPH yg aku buat tu dari ari rabu lg bha aku wat tu, bentangnya ari kamis.tp nda pndai siap2 sampailah kamis malam tepat jam 11 mlm baru siap.tu pun aku masih blur2 lagi.jadi hasilnya pa yg aku bentang tu ada jugalah yg betul n ada jugalah yg diminta perbetulkan. ok..seperti cik nina kata, sebagai seorang guru xkan pernah terlepas dari RPH.datz true...

nak dijadikan cerita, aku baru terasa da masuk dalam jiwa keguruan ni ngn kata2 madam kang...to be a teacher,u must think creative n beyond...alamak cmnalah aku mo jadi kreatif ni.susah..but madam ckp practise make perfect.harap2 sisa 2 tahun pengajian d sini aku masih boleh mengasah kreativiti tu.mengajar tu adalah seni...

minggu dpn dah ke sekolah utk PBS (Pegalaman Berasaskan Sekolah) selama 1 minggu di Sk Linungkuan, Tuaran.masuk ldg kelapa sawit dohh..jln grabel.ok..xpa,amik ni sbgai 1 latihan utk praktikum nnt dpt skolah cmni sng lah ada dah pengalaman kn.

nak disudahkan cerita...ok,aku rasa xlayak jad guru.tapi Tuhan tu maha kuasa telah memilihaku utk menjadi seorang guru.oleh tu, bnyk lagi benda yg perlu aku belajar.baru wat RPH da nk ngis..blum lgi btul2 ngajar aku xtaulah cmna kejadiannya.tp berdasarkn PBS yg lalu2, aku ni cikgu garang jugalah..euuww..garang ngn budak2..tp bkn tu yg mnegukur kejayaan bangsa,tp seni kita mengajar dan penyamapain ilmu tu yg akan menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa.bak kata penceramah Farah Adeeba gurulah yang akan menetukan anak-anak bangsa tersebut seperti apa..weee..Farah Adeeba pengacara tv al hijrah dtg weyhh p IPG kemarin bg ceramah sal aman palestin..ok..stop..tu crita dismbung entry seterusnya..


anyway...kt skolah aku dipanggil cikgu...kt cni...panggilan tu cuma utk lecturer..anyway "cikgu" adalah panggilan keramat...

cikgu Fatin...

dah ber'PBS di :
1. Sk. Lubok Darat, Sipitang (SKM)
2. Sk. Inanam Laut, Kota Kinabalu (Sekolah bandar)
3. Sk. Ramapayan, Menggatal (Sekolah pinggir bandar)
 dan sekarang bakal ke 
4. Sk. Linungkuan, Tuaran (SKM)

Wednesday, July 11, 2012

Hatiku tertinggal di Kinabalu

Assalamualaikum awal kata, menitip bicara penuh intipati..

Pertama sekali, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik semasa pendakian misi menawan gunung kinabalu di puncak tertinggi iaitu Low's Peak pada 7 Julai 2012 yg lalu. perjalanan bermula dari Kent pada 6 Julai 2012 seawal 6.30 pagi dan terus menuju ke Kinabalu Park. dah sampai kesemua peserta mendaki, dan kereta pun dan parking elok2, kami pun memulakan perjalanan ke Timpohon Gate menggunakan bas yg telah disediakan. bayaran bas tersebut adalah RM4 seorang sehala dan masa yang diambil untuk sampai ke Timpohon Gate adalah lebih kurang 10minit.

setibanya di Timpohon, kami diberikan taklimat ringkas oleh guide kami secara ringkas tentang trek pendakian dan keselamatan semasa mendaki. pendakian bermula lebih kurang jam 11 pagi. perasaan bercampur baur ketika memulakan pendakian dengan melihat cuaca menampakkan tanda2 hujan akan turun, persediaan baju hujan amat perlu agar tidak kebasahan sepanjang perjalanan. panorama pertama yang dapat dilihat adalah air terjun.rasanya sudah tidak sabar lagi hendak menjayakan misi pendakian tersebut. pendakian  ini mengambil masa 2 hari kerana pendakian pertama hanya akan berakhir di Laban Rata yang mempunyai jarak 6KM dari Timpohon Gate. hanya Tuhan mengetahui betapa sukarnya perjalanan ini bagi diri saya sendiri hingga hampir2 berputus asa. pada ketinggian 2ribu lebih2(xingat dah) saya sudah mula menampakkan tanda2 kekurangan oksigen kerana sudah mulai terasa susah untuk bernafas. almaklum saya mempunyai penyakit sesak nafas. saya sudah mulai berasa penat dan pening2 pada KM 3.

sesampai sahaja di kawasan rehat pondok layang-alayang, apa yang tergambar di dalam hati mahu sahaja menyudahkan perjalanan sampai di situ sahaja apabila melihat keadaan trek yang semakin sukar menyebabkan perasaan lemah tersebut menguasai diri. mujur encik ipin memberikan semangat yang tidak putus-putus walaupun dia juga turut keletihan. liku2 perjalanan yang sukar sepanjang 6KM terasa seolah2 berjalan hampir 10 KM.masyaAllah, betapa besarnya ciptaan Tuhan pada Gunung ini.

akhirnya, kami sampai di Laban Rata tepat jam 4.30 petang. hal ini bersamaan 5 jam perjalanan untuk 6KM ke Laban Rata dari Timpohon Gate. kesyukuran tidak terhingga apabila sudah berjaya menjejak kaki di Laban Rata. keadaan juga berubah menjadi lebih sejuk ditambah kebasahan dari mengharungi hujan, hingga bergegar 1 badan setibanya di sana. tanpa membuang masa, kami segera menikmati hidangan makanan yang telah disediakan dengan jayanya kerana terlalu kelaparan sepanjang perjalanan hanya dibekalkan makanan sarapan pagi iaitu 2 biji telur,sandwich,epal dan pisang. sesudah makan, aktiviti bergambar tidak dilepaskan dengan pemandangan air terjun dari gunung yang menggamit hati hingga mengucapkan subhanallah indahnya ciptaan Tuhan.

tepat jam 6 petang, kami meneruskan lagi perjalanan ke Gunting Lagadan iaitu 300M dari Laban Rata tempat kami menginap untuk 1 malam. setibanya di sana, masing-masing ingin merehatkan diri,menukar pakaian yang kering dan memakai baju tebal2 kerana suhu pada ketika itu adalah 6darjah celcius. saya yang sememangnya mengalami komplikasi Altitude sickness amat terasa peritnya. apabila waktu tidur, kesusahan untuk bernafas, dan sakit kepala yang teramat berlaku pada saya. ini menyebabkan tidur dan rehat amat kurang. walaupun seawal jam 8 malam sy sudah melabuhkan tirai malam, namun akibat derita sakit tersebut sy kurang mendapat rehat secukupnya.

pada jam 12 tengah malam sy dan rakan "Haru" sudah bangun dan menyiapkan sarapan kami. walaupun hakkatnya kami diminta bangun pada jam 1.45 pagi kerana perjalanan ke puncak akan bermula tepat jam 2.30 pagi, kami sudah terawal bangun. pada masa ini, saya mula merasakan dada sy sakit dan kesukaran bernafas tersebut semakin menjadi. saya cuba untuk bernafas menggunakan mulut dan bernafas secara perlahan2 dan alhamdulillah ampus tersebut xkeluar dengan jayanya.

tepat jam 2.30 pagi, pendakian ke puncak bermula. hanya Tuhan mengetahui betapa saya takut dan seakan2 tidak mahu meneruskan misi ini. namun digagahi jua kaki melangkah walaupun tercunggap2 mendaki. setibanya kawasan lereng gunung dan hanya berpaut pada tali, sy sudah mula menagis hingga hampir2 sy hendak berhenti di situ sahaja. namun,dengan adanya incik Ipin, menjadikan sy berasa selamat walaupun pada hakikatnya sudah kelihatan gaung hany beberapa inci sahaja dari kaki.masyaAllah. pendakian diteruskan hinggalah tiba di check point akhir iaitu pondok sayat-sayat.di sini kami perlu menunjukkan ID kami agar dibenarkan meneruskan pendakian.

selepas pondok inilah, terasa semakin mencabar dengan kabus yang tebal dan angin yang kencang hingga sy hampir2 sesak nafas walaupun sy sedang mengalami kesukaran bernafas tahap yang masih boleh dikawal. di sini, saya sekali lagi mengeluarkan air mata hingga terduduk kerana sudah tidak sanggup meneruskan perjalanan lagi akibat kesukaran bernafas dan dada menjadi sakit. nasiblah superhero incik ipin banyak membantu sy dalam mengawal pernafasan dan cuba melindungi saya dari terkena angin kencang yang menyebabkan saya menggigil walaupun baju yang dipakai oleh kami amatlah tebal. terima kasih pada mafla incik ipin yang banyak membantu sy mendapatkan oksigen dengan menutup hidung agar saya dapat bernafas secara normal.

Alhamdulillah, dengan air mata dan perkataan putus asa tersebut telah membawa saya sampai hingga ke puncak bersama orang yg tersayang yg xpernah putus2 memberikan semangat sepanjang pendakian juga melindungi sy sepanjang perjalanan. tiba di puncak tertinggi iaitu Low's Peak tepat jam 6.20 pagi bersamaan 4 jm perjalanan dari Laban Rata ke puncak sejauh 2.7KM. suka dan duka dilakar bersama dia sepanjang misi kami menawan puncak kinabalu yang banyak mengalirkan air mata hingga terkesan hingga saat ini liku2 pendakian tersebut. terima Kasih Incik Ipin kerana menjadi tulang belakang pada kejayaan misi sy menawan puncak kinabalu yang hampir2 sahaja sy gagalkan.

betapa indah ciptaan Tuhan dapat dilihat dari gunung ini. namun sedikit kecewa kerana kabus yang tebal menyebabkan pemandangan di bawah kurang jelas dan Alhamdulillah, sampai semula ke Timpohon pada jam 2.30 petang..

waktu makan di Laban Rata pada jam 4.30 pagi dengan baju yang basah kuyup.bgegar juga masa ni.
nmpk sgt cik tu tembirang nk tahan sejuk...pemandangan dari Laban rata melihat air terjun gunung di belakang.
kami tiba di puncak tepat jam 6.20 pagi.

kini...hatiku merindui gunung tersebut..rindu pada saat kepayahan untuk sampai ke puncak.insyaAllah akan datang kalau terbuka lagi pintu hati ingin mendaki lagi...

hatiku tertinggal di kinabalu...


terima kasih Tuhan kerana menyatukan kami kembali di puncak ini...

Tuesday, June 26, 2012

Pendakian 'Via Feratta'

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...

semalam dah cerita pasal pendakian gunung kinabalu yg bakal berlangsung kurang dari 2 minggu lagi. so, hari ni sy mo kongsi cerita tentang pendakia 'via Feratta'. bila sy ckp ja hal ni adalah mamat kt kelas sy kata "belum lg smpai gunug kinabalu sudh mo buat via feratta.omooo! hasrat tu mmg ada, tinggal tunggu rezeki saja.

tahukah anda apa tu pendakian 'via feratta'?alamak!skema juga.ok, pendakian ni baru saja di Malaysia yg pertama kalinya dibuat di gunung kinabalu. owh,lupa mo bagitau ketinggian gunung kinabalu ni adalah 4095 m dari aras laut...tinggi kn..nah sbb tulah gung ni tertinggi di Asia. ok, pendakian di gunung ni bukan saja menawarkan pakej pendakian biasa tp baru menawrkan pendakian via feratta yg telah diperkenalkan pada tahun 2007.

pendakian ni memerlukan para pendaki mendaki gunung ala-ala wall climbing. pendaki mendaki di gunung dengan menggunakan tapak cangkuk besi pada ketinggian yg amat tinggi.kalau berani cubalah!pandang bawah huh,ketaq lutut hang.pastu pendakian ini yg bestnya dapat melalui jambatan gantung yg sy sndiri pun xtau lah berapa pjgnya (tunggu pendakian gunung berjaya baru dpat update lagi) dari satu rabung ke rabung yang lain...nah,kalau sy tu mmg nda tejalan kali begegar.

ok lha...nnt d update lagi perjalanan sala gunung-gunung ni...salam...

Our Journey to Mount Kinabalu Part 1

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
hari ni tuan punya blog mau berkongsi cerita mengenai pendakian gunung kinabalu yang bakal berlangsung tidak sampai 2 minggu lagi iaitu pada 6-7 Julai 2012. rombongan kami terdiri daripada 30 orang peserta anjuran kelas saya sendiri dibawah kelolaan cik Mimi yg banyak bertungkus lumus mendapatkan tempat untuk mendaki gunung yang tertinggi di asia.

oleh kerana pendakian semakin mendekati tarikhnya, kegigihan berlatih jelas terserlah dalam kalangan rakan-rakan yang bakal mengikuti ekspedisi kali ini. rata-rata rakan-rakan sudah mula berjoging untuk meningkatkan stamina tmasuklah sy.alamak!masa mau naik gunung barulah rajin nampak berjoging.xbole tiru aksi tersebut ya. selain berjoging, latihan intensif juga dilaksanakan berdasarkan pembacaan dari website orang2 yg berpengalaman mendaki gunung kinabalu. antara latihan yang menjadi rutin kami adalah naik turun tangga. paling femes tangga sana dekat Jabatan Bahasa.lari2 lah kami sana tu petang2.

pastu, hari sabtu yang lalu bersamaan 23 jun kami telah melakukan latihan pendakian bukit di St Veronica Hill yang terletak di Pekan Tamparuli. pengalaman tersebut boleh digunakan sepanjang pendakian sebenar di gunung kinabalu nanti. semasa latihan di bukit tersebut, banyak yg sy pelajari antaranya kerjasama penting smasa pendakian tidak kira jantina maupun bangsa.itu amat-amat penting sbb bagi sy, nyawa tu xda dijual dikedai so,pa pun yg tjadi klu kta bgerak dlm kump kenalah bkerjasama agar smua dpt naik turun ngn selamat. pastu, keyakinan juga penting. macam sy laju ja bila naik, tp turun susah sbb sy jenis yg gayat pada ketinggian. abis segala gaya kuar demi untuk smpai ke bawah semula. selain tu, penting untuk menghormati tmpt2 yg dilalui sbb bg sy stp yg hdup atau x d muka bumi ni mempunyai 'soul' sndri, jadi adalah lebih baik kita menghormati tmpat2 baru agar tiada perkara buruk terjadi.nauzubillah. lain2 pla, kna tingkatkn stamina lah.

lepas sj dari latihan tu, sy dah mula buat pembacaan dengan terperinci mengenai pendakian gunung kinabalu. sebab sy perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. tamabh2 lagi org yang berpenyakit cm sy ni apa2 boleh berlaku. 'altitude sickness' merupakan 1 simptom yg biasa dihidapi oleh pendaki2 permulaan terutamanya. maybe sy mempunyai peluang utk dpt sakit tersebut sbb slh 1 nya sy cpt lelah,ampus lagi tp xkritikal sgt lha, n then sy fobia n gayat ketinggian so peluang cerah dpt tu ada. lagi 1 badan sy pla xkuat antibody so,lau mo mkn n minum mungkin bermasalah semasa pendakian.oleh itu, mama telah membuat temujanji dengan doc sy utk cek tahap kesihatan sebelum pendakian bermula.

apapun tinggal 8 hari lagi gunung kinabalu bakal ditawan oleh team kami dari IPG Kent.even entri ni nmpk mengada-ngada tapi sy cuma mau memberikan input untuk digunakan pada pendaki akan dtg yang permulaan mcm sy sndr..

sy cuma berharap sy dapat smpai di puncak dengan selamat dan turun dengan selamat.
tercungap2 juga naik bukit perahu ni.lau xkuat semangat ni,mo ja sy berhenti.omoooo!biar hiang kiut asal selamat naik n turun.

apa2pun, kena jaga kesihatan...dengar ckp org berpengalaman,dgr ckp org tua selebihnya bertawakal...insyaAllah perjalanan ini akan mencapai misinya...

Jumpa lagi di perjalanan akan datang...
tungguuuu....

Sunday, June 17, 2012

Perjalanan

Sedetik cuma,
ia berdetik,
menghitung perhitungan,
yang masih di perjalanan,

lama mengurai kata-kata,
bungkam sebuah nista,
meranum entri duka,
antara lara dan suka,

perjalanan masih panjang,
berdepa dan berhasta,
cuma manusia sering alpa,
terbuai nafsu seuntai cuma,

musafir cinta dalam makna,
berbisik lidah dengan hati,
puitis janji di mana-mana,
terkubur dalam tiada erti,

perjalanan ini menyakitkan,
jua menghiburkan,
manusia perlu tahu,
terlalu banyak kisah rahsia,
sukar ditidak sinar benarnya,

ingatlah,
di depan adalah cita-cita,
di belakang adalah sejarah,
sebagai musafir,
bijaklah membuat percaturan....

ilham :
Fatin Syuhada

Sunday, May 20, 2012

Selamat Hari Jadi Fatin...

Assalamualaikum wbt...
Entri khas ni ditujukan buat kesemua ahli keluarga,rakan2,guru2 yg telah mengucapkan "selamat hari jadi" kepada cik Fatin Syuhada yg sudah menjangkau usia 21 tahun.Alhamdulillah.

pejam celik, hari ni 20Mei 2012 usia sudah di mamah 21 tahun,
masih terngiang-ngiang episod kanak-kanak riang,
buat arimataku deras mengalir,
namun ku tahan jua,
tanda ku bahagia,

tintaku bermula 1991,
dilahirkan diwaktu petang,
tatkala masih kuno zaman 90an,
aku dilahirkan di rumah kg,
terletak di kg Benoni, Papar Sabah.

aku anak sulung,
kelahiranku 1 rahmat,
cerita buda(makcik) ku Dg Asneh,
kelahiranku disambut bidan kg,
aku anak kampung.

setiap tahun sewaktu kecil,
20Mei hari yang paling gembira,
pasti dihadiahkan sesuatu oleh keluargaku,
masih ku simpan segala hadiah2 tersebut,
biar usang,biar murah,
masih tekal di ruang simpananku,
ku imbas kembali,
setiap tahun zaman kanak-kanak riangku,
pasti disambut dengan kek dan jua lilin,
bersama kaum kerabat jua sahabat handai,
buatku rasa gembira,
tatkala usia kian bertambah,

kini...
aku sudah dewasa,
cekal dan tabah,
meruntun segenap rasa,
jatuh tersungkur berkali-kali,
ku gagahi jua untuk berdiri dan bangun,

21 tahun,
aku dipinjamkan di dunia ini,
alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan,
mengukir warna melakar sejarah,
bersama 1001 rasa,

kini...
hanya 1 buat air mataku mengalir...
ucapan bondaku,
"kaka...selamat hari jadi anak mama,tua sudah.walaupun kita diuji sekuat mana,teruslah untuk tabah harungi hidup ini,mama slalu doakan yg terbaik utk kaka..."

tatkala,
sakit memamah badan,
semakin hari semakin lemah,
hanya mampu ku panjatkan doa...
moga terus tabah mengharungi dugaan,
semoga aku masih mampu untuk tersenyum bahagia seperti dulu,
meluahkan segala sakit yg terpendam...

terima kasih rakan2 yg telah mengucapkan selamat hari jadi,juga buat bonda dan ayahanda,makcik2 ku, guru2 ku, tidak lupa jua yg selalu berada di hati...
moga Allah memberikan yg terbaik utk kita semua...
insyaAllah...

Saturday, April 7, 2012

Kesuma Panji Semarang

Genre : Puisi
Tajuk : Bawakan daku secebis rasa

riuh rendah petang ini,
membingit ke cuping telinga,
hingga menerpa kelodak jiwa,
membangkit perasaan tersentak,
batin meronta,
dalam kecelaruan saraf,

tatkala nyawaku kiranya seperti ditarik sakaratul maut,
ada 3 perkara berlegar di ruang mindaku,
ada 3 nama berirama dalam batinku,
ku sebut kalimah syahadah terlebih dahulu,
takut tak sempat di hujung bibir,

berkumandang di antara 3 perkara itu:
1. sampaikah waktu sudah untuk dijemput kembali
2. cukupkah amalanku untuk menempuhi hari mendatang
3. apakah aku diterima di sana

3 nama lagi yang menjadi bualan hatiku :
1. bonda dan ayahanda
2. rakan sekelasku Pengajian Sosial
3. kepimpinanku masa hadapan Affiq Ariffin

perkara ini sering berlaku suatu ketika dahulu,
seingat ku sudah lebih 3 tahun ia terkubur di benak memori,
namun...
hari ini,
kesakitan itu datang kembali,
nafasku diuji lagi,
kekbalan tubuhku diuji semula,
dan aku tercungap-cungap menahan kesakitan,
hingga lemah sekujur badan,
pucat di tapak kaki dan tangan,
terlopong pada mulut,
mencari pernafasan tambahan,
agar aku tak tersungkur di sini,

saat ku tahan kesakitan itu,
banyak harapan ku paut bersama,
alangkah bertuahnya jika ayahanda ku di sisi ketika itu,
mengendongku seperti suatu ketika dahulu,
alangkah bertuahnya jika bondaku di sisi ketika itu,
menjadi penguatku untuk terus kuat,
dan...alangkah bertuanhnya...jika dia di sisiku tadi,
melihat bagaimana aku bertarung dengan kesakitan itu,
bukan 1 gurauan,
tapi realiti,
bukan 1 penipuan,
tapi hakikat,
bahawa kini...
aku mulai lemah...

terima kasih buat insan bernama Izni Natilia juga Cyndirella,
yang bertungkus lumus mencari cara,
untuk membawaku ke hospital,
terima kasih buat khalid yang menjadi nadi penggerak kenderaan,
terima kasih buat Farid yang menjadi urusetia urusan hospital,
terima kasih tuan empunya kereta 'Kevin',
terima kasih juga Affiq Ariffin...

jasa kalian,
ku dahulukan terima kasih,
hanya Tuhan dapat membalas jasa kalian,
doakan diri ini sembuh sepenuhnya,
agar kita bisa bergelak tawa lagi...


Nukilan : Fatin syuhada
Dari ruang limpa yg paling dalam...

Friday, March 30, 2012

~Infiniti to beyond~

Assalamualaikum wbt...

lama dah xupdate sajak kat blog usang ni,
apapun bagi pembaca tegar or xtegar blog ni,
sekalung penghargaan diucapkan,
kerana sudi menjenguk karya2 yang tertinta di warkah maya ini,
xkurang juga ada yang bertanya bagaimana nak follow blog ni,
tuan punya blog dengan berbesar hati,
mengucapkan terima kasih kerana sud mahu follow blog yg bosan ini,
namun...
adalah dukacita dimaklumkan blog ini sememangnya bukan untuk di follow,
biarlah blog ini menjadi bahan bacaan anda,
mendalami karya2 yang terukir di warkah ini.

walau bagaimanapun,
memandangkan blog ni agak boring,
1pembaharuan bakal ditransformasikan,
sehingga ketemu di lain bicara,
salam sayang dari tuan punya blog...

Thursday, March 8, 2012

~Pesan buatn Kekanda

Genre : Puisi
Tajuk : Lambaian Borneo buat seberang Laut China Selatan

biasalah adat merantau,
pasti kembali ke tempat lahir,
esok...
titik bermula,
suatu langkah menjarakkan kita,
Laut China Selatan pemisah yang maujud,
luas jaraknya sukar dijangka,
membawa hati pulang ke taman,

meniti metafora yang ligat berbicara,
bernaung paksi hiperbola yang meruap-ruap,
akhirnya...
sintaksis ini tercipta untukmu,

pabila esok,
sang geruda besi membawamu terbang,
membelah angkasa,
merentasi lautan pemisah borneo dan selatan,
ku doakan perjalananmu,
selamat tiba di destinasi,

peringatanku padamu,
jagalah diri sebaiknya,
jangalah mengkhianati apa yg terpatri...

daku di sni menanti kepulanganmu....

Saturday, March 3, 2012

~Rasa Hati

Genre : Puisi
Tajuk : Hadirmu 1 anugerah

tinta ku tulis,
bukan bermadah cinta,
mahu menunjuk perasaan,
sekadar ungkapan suatu yg tersurat jua tersirat,

pembuka bicara di awal basmalah,
bermula cerita bertaut nakhoda,
berlabuh samudera di pesisir kent,
2009 tercatat memoir,
antara kisah suka maupun duka,

orangnya sudah selalu ku lihat,
namun namanya langsung tak ku kenali,
suatu detik terungkai persoalan,
Affiq Ariffin bin Mohd Samsi,
bermula 1001 cerita,
yang membawa sebuah kapal berlayar,
di lautan yang sangat dalam,
dala arus yang sangat deras,
hingga angin jua bertiup kencang,

namun semua itu,
hanya tinggal sejarah,
tak perlu ku ungkit mahupun ku calitkan,
apa yg pernah tercalar,
biarkan ia sembuh sendiri,
walaupun pahit,
ku telan jua,
berlabuh sauh seketika di tahun 2010,

melihat dari kejauhan,
kebahagiannya seketika,
namun jauh di sudut hati,
terpatri satu tangisan,
yg sukar dihentikan,
walau ditusuk setajamnya,
tiada jua mampu membunuh derita itu,
andai sahaja dirinya mengetahui,
betapa ku bertarung dengan sekilas jerung di lautan,
hatiku bagai dimamah hingga ke cebisan terakhir,

bangkit semula pelayaran 2011,
membuka ceritera baru,
mencuba untuk membuka hati pada yg lain,
namun kecundang di tengah lautan,
kerana pautan itu xmudah,
dan pautan itu rapuh,
hingga bisa melemaskanku di tengah lautan,
diriku sendiri yang menyebabkan ia terbalik di arus yang deras,
hingga xbisa diselamatkan lagi hati itu,
xmampu ku buka untuk yang lain,
sudah rapi tutupnya,
hingga hanya seorang pemegang kuncinya,
yg bisa membuka dan bertahta di singgahsana,

2012 bermula ceritera baru,
mengubah setiap perspektif dimensi,
hingga aku mulai bangkit,
dari semangat yag telah lama hilang,

tiada berani ku katakan ini cinta abadi,
tiada hak untuk ku katakan dia milik hakiki,
tiada kejamnya untuk ku katakan dia milikku selamanya,

namun...
Allah itu maha kuasa,
bak kata orang,
ayat lapuk,
kita hanya merancang,namun Allah yg tentukan,
begitulah hakikatnya,

kepada nakhoda kapalku,
Affiq Ariffin bin Mohd Samsi,

jika sekali ini peluang terakhir kita,
perbaikilah apa yang kurang,
kurangkan apa yang terlebih,
dan naturalkan apa yang baik,

jika kita ditakdir memang untuk bersama,
ku kan cuba melupakan kisah yg lalu,
juga membuka lembaran baru,
memaafkan yg tercalar dan tersakit,
membicara dengan sinonim yg baru,

jika kita diberi yang terbaik,
jadilah dirimu seorang yg bertanggungjawab,
memipin diri sendiri,
sebelum berganjak ke sebuah bahtera,
memimpin sebuah pikulan besar,
dalam membentuk keluarga sakinah mawaddah,

jika inilah takdirnya,
setialah pada apa yg sudah tercatat,
usah disakiti cerita lalu,
berpaling kita dari kisah silam,
berpaksi kita di lambayung satu,
sauh itu sudah ditunda,
kini bahtera,
belayar kembali,

pelayaran kita masih jauh,
takut-takut ombak di tengah lautan,
seperti terbaliknya kita di pantai beringgis,
tatkala kita berkayak,
dan masa itulah aku tersedar,
bahawa kita sedang diberi isyarat,
ujian itu sentiasa akan datang,
tak kira masa dan tempat,
apa yang ku harapkan,
walau guruh gempita,
mahupun hujan deria,
tetaplah teguh untukku berpaut padamu,
tetaplah hati ini kukuh,
untukku terus yakin dan percaya,
bahawa dirimu tetap mengharungi samudera onak duri ini,

bukan aku menunjuk alim,
hanya sekadar cebisan peringatan,
pesan bonda jua ayahanda,
kita turuti semahunya,
Al Quran itu jangan jadikan perhiasan umpama novel,
jadikan ia tauladan kita,
basahkan bibir kita dengan membacanya tiap hari,
agar terus didekatkan diri pada sang Pencipta kita,
solat 5 waktu,
usah ditinggal,
dibiar rompang dan rongak,
berdiri dan bangunlah,
walau penat dan payah,
luangkan masa bersama cinta hakiki,
agar kita bukan hanya bercinta di dunia,
namun d sana jua mudah-mudahan kita bertemu,

kamu adalah anugerah,
walau perit dan payah,
kamu tetap 1 entiti,
yang infiniti sifatnya,
namun hakiki maujudnya,

apa yg tersurat juga tersirat,
hanya bicara dari yang merasa,

semoga perjalanan ini sentiasa mendapat berkat,
dilindungi serta dibajai,
dengan nur dan hidayah,
agar beroleh tali yang halal,
penghubung haq bukan batil,
bersujud kita memanjat kesyukuran,

jangan berpaling ke belakang lagi,
di belakang hanya sebuah kisah hitam,
yang diingat sebagai tauladan,
bukan diulang zaman berzaman,

namamu seindah makna,
bukan ungkapan 'AA' patut terpaut lagi,
Affiq Ariffin bin Mohd Samsi,
gunalah ia sepanjang dan sebaik mungkin,
kerana setiap nama punya hidayah tersendiri,
melakar cerita sebagai seorang hamba,
di pentas ini kita dipinjamkan...

semoga,
inilah perjuangan kita,
bersama mencapai impian,
berpaksi pada kewujudan yang hakiki,
agar tiada lagi tersasar di jalan yang pahit...

Nukilan : Fatin Syuhada Binti Nored

Wednesday, February 29, 2012

~Terima seadanya...


~moving forward~
May Allah bless our relationship..
May Allah give us strength for our journey in this relationship...

Tuesday, February 28, 2012

~Bukan mudah mimpi harus 1~

Sekadar Motivasi

kita sebagai manusia,
dicipta serba serbi dengan kelebihan yg berbeza,
namun sifat manusia,
tiada yg sempurna,
segala kekurangan itu,
jangan ditangisi mahupun disesali,
kerana,
bersyukurlah terciptanya kita di muka bumi ini,

jejak hari ini bermula dari sejuta pengalaman yg lepas,
orang kata jangan menoleh ke belakang lagi,
namun...
yg pasti,
apa yg dibelakang itulah telah menjadikan seperti apa kita hari ini,
jadi mengapa kita perlu meneruskan pjalanan,
tanpa menghargai apa yg terbelakang,
kerana merekalah,
jejak kita berdiri seteguhnya,

sesungguhnya tiada yg mudah dan tiada yg mustahil,
mengapa perlu kita mengeluh,
kerana karya kehidupan tiada yg salah,
mahupun yang betul,
namun,
ia akan menjadi sukar jika kita terlalu obses kesusahan,
ia akan menjadi kenyataan jika kita teruskan perjalanan dengan usaha,

tiada gunung yg terlalu tinggi,
tiada laut yg terlalu luas,
utk mereka memisahkan kita,
dari mimpi-mimpi kita,
namun,
tiada siapa mampu menakluki bermacam mimpi dalam masa yg sama,
melainkan kos lepas perlu di amalkan,
setialah pada mimpi yg satu...


jadikan hari-hari kita sentiasa indah,
walaupun kita diuji sehabisnya,
agar kita sentiasa menjadi hamba yg tau bersyukur...

kurangkan mengeluh,
banyakkan berdiam,
berkata bila perlu,
berinteraksilah agar kita peka keadaan sekeliling,
senyumlah pada dunia,
agar dunia sentiasa membahagiakan kita....

Sekadar entiti renungan buat diri sendiri dan yg lain....=)


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, February 24, 2012

~Kenangan 1

Bila yang tertulis sebagai kenangan~


kenangan indah itu selalu sahaja terpatri,
pasti ditemani kenangan yang pahit,


kenangan yang ingin ku ceritakan,
tentang sahabat yang dirindui,
nun jauh di negeri kenyalang,


menuntut ilmu seangkatan diriku,
bakal guru 'title' dipegang,
itulah dia,
cerita 1001 rasa,
Nora Hafizah Suhaili,
empunya diri...


tak ku sedari sudah hampir 4 tahun kita xbersua,
namun ingatanku padamu,
tetap utuh,
gelak tawamu,
tetap ku ingati,
suaramu yang comel terngiang-ngiang di halwa telinga,
membuat telingaku berdesing,
bergelak kecil ku ingat tentangnya,


masih segar ingatan di SMTL,
kita jadi 'dormmate' yang ideal,
susah senang kita bersama,
tatkala ketawa, bersama-sama
tatkala sedih, bersama-sama,
gila-gila sekepala,
namun kamu...
sentiasa menjadi idolaku,
untuk bersemangat belajar yang terbaik,


tatkala dulu kala,
aku sering menyusahkan rakan-rakanku di aspuri SMTL,
masih ku ingat kamu selalu,
menjadi penguat semangatku,
disaat aku seringkali mengalami komplikasi 'kepengsanan',
sampai kala tengah malam kamu gigih menemaniku di wad kecemasan,
masih ku ingat jua kita pernah berselisih faham,
hingga kamu xmenegurku,
akhirnya sepucuk surat dikirim,
aku menangis membacanya,
dan kita membuat sesi luahan bicara,
akhirnya kita tetap kawan,
mengajarku tatkala aku sering kebodohan dalam pelajaran,
LK jugalah yang paling mantap kamu mengajarku,
terima kasih Nora...


Norazaimah Kassim nama diberi,
insan terapat dalam 'dorm"ku,
sejak masuk ke SMTL kami sudah sebilik,
masih ku ingat saat jam loceng berbunyi,
rakan kita sering tidur mati,
yang membuat kita berdua geram dan membebel,
akhirnya...
kita sama-sama juga berpindah ke dorm baru,
di Mawar5 bermula cerita,


kita sering 'bersms' pada waktu malam,
asal habis prep,
mula mencar hp yang dibawa secara haram,
aduh...lucu juga cerita kita dulu,


kamu juga sering menjadi temanku,
tatkala aku takut untuk ke tandas aras kita yang menyeramkan,
namun kamu tetap jua menemaniku,
kita sering jua berdua ke mana-mana,
makan bersama,mandi mungkin tapi bukan sekamar,
yang pastinya...
kamu jua salah seorang yang pernah menjagaku di wad kecemasan,
tatkala diri ditimpa sakit,
terima kasih jimah....


Safrina @Safe atau lebih manja ku gelar nana,
seorang penceria di dalam 'dorm'ku suatu ketika dahulu,
berbadan kurus,
tapi kuat makan dan raja segala tidur,
tapi dia sangat baik hati,
sentiasa berkongsi makanan dengan rakan-rakan,
yang pasti tanpa dia,
suram jadinya hari-hariku,


dia juga sepertiku,
kami memang sekepala bab sakit,
selalu juga ditahan di wad kecemasan,
tapi kami tetap ceria,


dia selalu lewat bangun,
sebab dia lebih suka tidur,
kadang-kadang aku geram juga,
tapi bab matematik jangan lawan,
dia memang terer,
aku juga hairan,
dia jarang belajar,
tapi otak geliga,
mencongak pantas bagai nafas kuda,
kalau nak minta tunjuk ajar,
dialah sifu kira-kira


dia memang kawan terindah yang pernha ku miliki,
gelak tawa dan lawaknya,
sentiasa ku rindui,
terima kasih nana....


Safiah Saluji tuan badan,
juga pernah menjadi ahli 'dorm'ku,
walaupun seketika,
namun cukup untuk kita pernah melakar cerita,


orangnya biasa sahaja,
tetapi kuat,
dia pemain hoki sekolah,
dia juga kadet polis sekolah antara yang terbaik,
dia budak elektrik sama spserti jimah,
tetapi...
dia sangat ayu,
dia sangat sensitif,
dia cepat tersentuh,
hatinya lembut,
namun dia punya kelebihan,


aku suka berkawan dengannya,
sebab hatinya lembut,
dan mudah dibawa berbicara,
dia juga rakan terbaikku...
terima kasih piah...


Ummi Kalsom @ umi penggamit memori,
takkan pernah ku lupa nama seayu ini,
orangnya sangat ceria,
dan sangat gila-gila,
tatkala sedih, dialah jadi penceria,
lawaknya tak pernah kering gusi,


dia budak Binaan Bangunan,
orang kata tagap,
ya memang dia tagap,
sebab hari-hari kena bancuh simen,
kena buat bata,
dia juga 'Rockers' kami,
dia sangat sempoi,
dia suka buat apa yang dia suka,
asalkan da gembira,
dan kami juga terhibur,


aku rindu dengan lawaknya,
aku juga rindu dengan kegilaannya,
dia peramah,
dia juga berwibawa,
dan sekarang,
dia sudah semakin cantik,
lebih dari sebelumnya,
syukur alhamdulillah,
dia semakin ayu...
terima kasih juga umi dengan hari-harimu menemaniku dengan kegembiraan...


Norazura dia kawanku,
salah seorang juga bekas ahli 'dorm' ku,
yang berbadan besar,
tempat aku meluah rasa,
dan selesa bila menagis di bahunya,


dia seorang yang kuat memberi nasihat,
dan aku sedar,
dia sangat berpotensi untuk jadi penceramah motivasi,
insyaAllah,
dia juga salah seorang orang kuat,
yang pernah mengangktaku tatkala aku pernah jatuh tersungkur pengsan,
terima kasih Jurah....


Akhir kalam...
Tuan empunya cerita,
Fatin Syuhada,
memohon ampun dan maaf,
jika pernah mengguris hati kalian,
sepanjang kita bersama,
apapun yang terjadi,
kita jangan melupa sesama sahabat,
dan kita sentiasa,
jadi sahabat SELAMANYA....


Nukilan : Fashika Syuhada
Dedikasi buat : Bekas ahli 'Drom' Mawar5 dan Melur 3 SMTL 2007/2008

Sunday, February 5, 2012

~Sehalus kata

Genre : Puisi
Tajuk : Sehalus kata, setajam pedang, sekuat rasa

jejariku mniti di papan kekunci,
tatkala hati membuak marah,
pada sang rerama yg menghembus racun,
pada neuronku yg sememangnya panas,

tatkala aku bukan siapa,
yg memegang jawatan tertinggi d kampus,
aku juga berhak bersuara,
ini pertama kalinya ku membuka pekung,
juga dendam yg lama kesumatnya,

pada detik ku lihat pelbagai entri,
segalanya mengguna bahasa merdu,
namun tiada jua dipeduli,
kritikan dan amaran diberi,
masih jua ia menjadi devian,
mencalit duka di hati yang lain,
yg sudah hilang kesabarannya,

di saat itu aku mulai mengorak langkah,
berpadu pada kata hati,
bukan niat untuk berkata kasar,
cuma mereka xpndai faham,
bukan niatku mencalar nama,
seorang insan bakal guru,
namun guru juga perlu tegasnya,
dalam bahasa yg mudah tidak difahami,
tiada salahnya mengguna yg sarkastik,

itulha namanya...
dunia makin maju,
tapi mentaliti semakin mundur,

dijentik sikit,
mula menggelabah,
diherdik sikit,
mula merebah,
dikritik sikit,
mula menyalah,
akhirnya....
bangsa siapa yang maju?
andai bukan kita yg perlu menegur,
membuat transformasi yg padu,
agar tiada lagi,
minda kelas ketiga.....

bukan niatku berpolitik,
meraih undi,
tapi kata-kataku utk bangsaku,

semakin hari semakin memijak,
besar kepala hingga xtentu,

jangan bangga pada jawatan.
tapi banggalah pada kebolehan,
jangan bangga pada teman lelaki,
tapi banggalah pada apa kesempurnaan diri,
jangan bangga sebagai hero dan heroin
tapi banggalah sebagai pembakar semangat bangsa,

masihkah kita mahu melihat mentaliti terus dijajah?
bilakah kita akan maju,
andai kita sentiasa ingin bersopan?

lihat sahaja di jalan raya,
semua orang berlumba-lumba,
lambat sikit hon sudh berbunyi,
ayu sikit,
sudah diherdik...
seperti itu kita maukan....

baiklah..kalau itu kemahuan kita,
sampai bila-bila kita masih di bawah jajahan sendiri,
mentaliti kelas 3

tidak dinafi bersipan santun amalan mulia,
pupuklah ia walaupun payah,
namun harus diingat,
tidak semua perlu di baja dengan kesopanan..
majulah utk yang terbaik

(renungkan dan fahami)
(dipetik dari sajak seorang sahabat Insyirah-HUTC Rusia)

Saturday, February 4, 2012

~Salam Maulidur Rasul dan Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt...

dikesempatan ini ingin ku ucapkan salam maulidur rasul...sama2lha kita mengenang dan menghayati hari besar bagi umat islam ini...bersamalah berselawat ke atas nabi junjungan Muhammad s.a.w...

**************************************************************************
ya Allah...hari ini ku panjatkan kesyukuran padamu diatas ikatan ini...
walaupun pada hakikatnya ia masih belum halal padaMu, namun ikatan ini sudah cukup kuat untuk ku berdiri seperti apa di hari ini...

2009 bermula perkenalan,
membibit sebuah perhubungan,
namun bergelora di tengah jalan,

2010 bersatu kembali,
onak duri dirempuhi jua,
kehadiran yang ketiga bertubi-tubi,
kental jua setia bertahan,
namun terputus jua d tengah jalan

2011 perjuangan belum selesai,
masih setia mendaptkan hasil yg terbaik,
menunggu perubahan yg mapan,
jitu dengan pendirian,
hingga hampir tersungkur,
bersatu berpisah bagai tradisi,
namun kental jua bertahan

2012.....
Alhamdulillah...
perjuangan itu bukan suatu kisah yang sia2...
mencintainya penuh dengan kesabaran,
menunggunya penuh dengan cabaran,
yang hampir membuatku berputus asa...

namun...
itulha yg terjadi...
ikatan itu sudah tersimpul,
di Luh Mahfuz yang tercatat sejak azali lagi,

ku mohon padaMu Ya Allah...
lindungilah hati-hati kami dari kegelapan duniawi ini,
engkau berkatilha perhubungan kami ini,
dan satukanlah hati-hati kami,
dibawah naungan arsy Mu...



Alhamdulillah....
Terima kasih... Affiq Ariffin Bin Mohd Samsi...
semoga teruskan perjalanan ini dengan semangat ketabahan dan kesabaran...insyaAllah

Wednesday, February 1, 2012

~Roda-roda cerita

Genre : Puisi
Tajuk : Encik Ana dan cik Fisi

kali pertama ku jejak kaki di sem ini,
ku mulai kenali dengan Encik Ana,
sesuatu yang tak pernah ku jangka,
yang perlu ku tempuhi,
berjuang 1 sem untuknya,

saraf-saraf ku mulai kaku,
terutama pada Tuan neuronku,
segala kimia berlegar-legar,
seperti sperma yang berenang-renang,
mencari kestabilan pada sistem,
mencari tautan pada metabolisme,
gelabah seumpama tiada bicara,

bermula ku kenali sistem badan,
ku lihat rangka pada manusia,
ku lihat segalanya yang terlopong dan tertelanjang,
kagum dengan kejadiannya,
seumpama aku baru dilahrikan,

berkenalan pula dengan sir homeostasis,
membuatku sedar,
segala terminalogi yang terungkap,
membuat ungkaian yang tiada bandingnya,

menyelam pula bersama lipid,
sel dan hormon mula berbicara,
adenosine thristophate menjadi cinta,
berkenalan dengannya,
umpama tenaga baru,
bagi mengharung samudera ini,

berjalan-jalan lagi bersama sistem organisasi,
fleksi ekstensi abduksi aduksi,
srikumdasi supinasi pronation protaksi,
retraksi dorsifleksi,
pelantar fleksi elevasi dan depresi,
membuatku ternganga,
memahami segala terminalogi,
yang membuat neuronku berlari pantas,

hah!mengeluh...
aku penat mengenali encik Ana,
rupanya ada yang cemburu,
cik fisi mula merungkai,
dan aku mulai menyelidikinya,
ku dapati pelbagai ilmu yang ku perolehi,

huh!tiba-tiba tugasan membingitkan segala saraf-sarafku,
otot kardiakku berdegup kencang,
otot licinku mulai mual,
dan otot rangkaku mula menggeletar,

rasanay aku seperti ingin menjadi doktor,
hakikatnya aku bakal cikgu!
tapi....
aku terpksa...
kerana perjuangan menuntut ilmu,
seolah aku mengejar kemerdekaan,
ku gagah jua mencintai encik ana dan cik fisi...
ku rentap segala saraf,
perjuangan belum selesai...
anatomi dan fisiologi!

Nukilan : Fatin Syuhada Binti Nored


Saturday, January 7, 2012

~Tinta Pena

Genre : Puisi
Tajuk : Infiniti

tik tok tik tok...
bunyi jam berdetik...