Saturday, October 15, 2011

~Rima Syafiqah 2

Genre : Puisi cerita
Tajuk : Tinta Dewi buat Arjuna

tintaku menari-nari di atas pena dan sehelai kertas,

mengarang sebuah diari,
tapi...
sukar diungkapkan,

Dewi berkias :
hari ini,
ku berjalan dengan Arjuna,
tapi,
tak ku sangka,
aku juga berjalan dengan sang dewi-dewi yang lain,

pertamanya,
hatiku berdebar,
tapi...
setelah bersua dengan dewi-dewi itu,
aku mulai bingung sendiri,

inginku menjadi mesra,
tapi lidah kelu berkata,
tangan hanya mampu berjabat,
tapi...
segalanya bungkam,

aku...
yang sememangnya menahan kelaparan,
hilang seleraku,
tertaut lagi dengan McD kegemaranku,
tapi ku pandang tak lalu,

bila ku lihat lagi kemesraan dewi-dewi itu,
bercerita bersama Arjuna itu,
aku mulai hilang maujudnya,

semakin ku selami wataknya,
aku dikejutkan tepuk tampar,
antara dewi dan arjuna,
aku semakin memencilkan hati,

ku bawa perasaan itu sejauh yang mungkin,
ku sirapkan segala perasaan,
sinis ku rasakan,

akhirnya,
ku pujuk diri sendiri,
melihat cerita itu,
ku sedapkan ia dengan gelak dan tawa,
agar tiada ketara,
bungkam yang terpedih ku rasa,

tiba-tiba,
sekali lagi jatuh gugur,
guruh gempita,
menggegar aksara,
tatkala dewi mengajak lagi,
berjalan di satu tempat,
aku mulai bungkam di dalam hati,

segenap rasa ku sedapkan tautannya,
bila ku lihat reaksi itu lagi,
panas ku rasakan,
bungkam sekali lagi,
bila ku dengar makian 'Babi',
sekali lagi menyirap darahku,

sepanjang ku suka memaki,
tak pernah ku lontar sekeras itu ayatnya,
kerana aku...
masih menghormati,
bagi yang mengenali binatang itu,
dewi...
tolong hormat budaya sini....

ku sedapkan lagi hati yang bungkam,

ku lupakan itu dan ini,
tiba-tiba pagi itu dikejutkan lagi,

mau ke sana?
aku dengan segeranya ,
mencari helah,
ku biarkan arjuna membuat keputusan,
agar tiada kelihatan,
hati yang bungkam

bibir muncung masam di muka,
lebih masam dari cuka,

bila mana,
kata-kata itu membuatku bungkam lagi,

akhirnya permainan itu ku mainkan,
dan kesannya,
tiada yang memuaskan,
bola tunggang langgang,
pemanduan tiada arah,
akhirnya sendiri menahan amarah,

lantas...
petang itu terluah yang terbuku,
tersirap segala frasa,
mengungkap semantik dalam bicara,

bahawa...
aku kurang selesa,
dengan kehadiran dewi-dewi,
yang bukan citarasaku...

maaf kiasan ku kasar,
bagai batu kelikir,
tapi setajam pedang Hamzah,
hatiku parah ditusuk

Pesan si Dewi :
kalau mahu jadi orang,
jadilah orang yang mampu membahagiakan orang,

kalau mahu jadi sahabat,
jadilah sahabat yang mampu menjaga tatasusila

kalau mahu jadi intelektual,
jadilah insan sematang yang boleh

kalau mahu dihormati orang,
jadilah insan yang menghormati orang lain

kalai mahu bergelak tawa,
biar kena pada siapa,

kalau mahu bertepuk tampar,
biar padan dengan siapa,

kalau mahu bermesra sapa,
biar tahu siapa di depan siapa di belakang,

kalau dan kalau,
mampu dimengerti,
si dewi,
bungkam dengan nama yang selalu disebut itu,

baginya,
seakan tiada nama lain untuk disebut....

jadilah manusia yang tahu berfikir....

Nukilan : Ariyana Asri
#Terima kasih buat kekanda kerana sudi menyedarkan dengan bait kata-kata yang tercipta ini#

No comments:

Post a Comment