bila hati ingin berbicara :
ya Allah ampunkanlah dosa hambamu ini,
kerana selama ini sentiasa khilaf padaMu,
sejujurnya hati sentiasa meronta,
saat musibah sentiasa melanda,
pertamanya ku sujud syukur padaMU,
segalanya ku redhakan,
segalanya alhamdulillah,
kerana masih ada ruang untuk yang lain,
ya Allah jika dulu air mata kehilangan ku titiskan,
hari ini,
air mata kesyukuran ku titiskan,
tatkala ketentuanMu amat bererti,
bagi diri seorang hambaMu yang hina ini,
ya Allah sesungguhnya benar,
jika hari ini engkau memberikanku hujan,
pasti engkau menyimpankan untukku pelangi,
dan hari ini,
engaku bukakan pelangi itu untukku,
tiada ungkapan yang lebih bermakna,
selain Alhamdulillah...
ya Allah,
sesungguhnya benar ini ketentuanmu,
berilahku kekuatan untuk mengharunginya,
kerana kisah lalu hanya tinggal sejarah,
dan hari ini,
lembaran baru bakal bermula,
sesungguhnya ku masih tak mengerti,
lelaki yang baik untuk wanita yang baik,
tetapi apa yang engkau anugerahkan padaku,
alhamdulillah,
engkau juga yang maha mengetahui,
sesungguhnya....
dia yang berlalu,
ku tinggalkan dirimu padaNya,
Nukilan : syuhada
No comments:
Post a Comment