Friday, September 30, 2011

~antalog saerah 4

Genre : Puisi
Tajuk : rentaksila taulan berpicisan


ku lakar tinta buat renungan,
antara sahabat,rakan,kawan dan taulan,
ungkapan resam buat tuturan,


taulan,
kita berteman tak kenal pangkat,
tak kenal bangsa,
tak kenal adat,
tak kenal agama,
tak kenal siapa-siapa,
tapi...
kita tetap berteman,


taulan,
hadirmu itu penuh makna,
bukan sekadar retorik sahaja,
tapi ia antalik penuh simbolik,


jika kamu sejujurnya taulan,
jangan menikam dari antalogmu,
jika kamu sejujurnya teman,
jangan mengaib si pulan si pulan,
jika kamu sejujurnya rakan,
jangan kamu hipokrt cuma,
jadilah taulan sejujurnya,
berteman dengan keihlasan,
agar tiada sakit pangkal dan hulunya,


taulan,
jika tinta masih melakar,
gegar rasa dalam panorama,
membingkis mencanting seantero persada,
ku mengharap,
agar kamu,
taulan berkarisma....


Nukilan : Syuhada Nored
A303 IPG KENT,12.18 am (1/10/2011)

Tuesday, September 27, 2011

~antalog saerah 3

Genre : Puisi
Tajuk : Je Te aime di Touluse

rasa hati ingin bergurindam,
tapi bait memilih puisi,
kerana sukar diungkapkan gurindam,
ceritaku panjang berjela,

antalogku terbang menerjah awan,
membawa antalik sanubari yang bungkam,
pasca rancasila mula berirama,
antara aime yang sekecil zarah,
maupun aime yang seluas cakerawala,

pabila ku jejakkan antalogku di Touluse,
segenap rasaku memulakan untaian,
kata-katanya tersusun bait demi bait,
kerana aime sudah ditemui,

segenap rasa bercengkerama,
aku mulai tersenyum,
kerana ukiran je te aime ku terima,
dari antalogku terbang ke Touluse,
mencari sinar baru,
mendakap impian baru,
bergelumang nista baru,
duniaku kian baru,

sudah ku tinggalkan jejak-jejak bungkam  triste,
kegurisan dalam sanubari memecah segenap aime,
dari seorang jejaka picisan,
menoda aime bergelumang la corruption,
hiba membawa diri bersama antalog dan antalik,

kini...
Touluse je te aime,
bersama impian baru,
harapan baru,
cita-cita baru,
di sini,
bermula,
antalogku terbang,
bermadah bicara,
beribu batu jauhnya,
bersama antalik perancis,

tanpa menoleh ke belakang lagi,
ku teruskan perjuangan,
langkah demi langkah,
diatur rapi,
merebut segala ruang dan peluang,
agar tak kecundang lagi,
picisan ditinggalkan,
terbang membelah awan,
langitud dan latitud yang tiada pada radar,
memberi senyuma padaku,

kerana itu....

je te aime Touluse...

Nukilan : Saerah Nored
Touluse 2011

Sunday, September 25, 2011

~antalog saerah 2

Genre : Puisi
Tajuk : kebahagiaanmu kekandaku...
(dedikasi buat kekanda tersayang Ashikin Syafikah atas pertunangan 16 Sept 2011)

tatkala detik ini,
ku mulai gugurkan airmata,
saat ku menerima panggilan kekanda,
selamat menjadi tunangan yang tersayang,
rasanya kebahagiaan itu sudah datang serunya,

bersyukur ke hadrat Illahi duhai kekandaku,
akhirnya itu jalanmu,
tabahkan hatimu,
menghadapi hari-hari mendatang,
penuh cabaran godaan dan bisikan,
yang menguji detik ini,

walau kita tak sesempurna siti khadijah,
walau dia tak sehebat rasulullah,
sma2lah menghargai apa yang diperolehi,
agar beroleh kebahagiaan yang berpanjangan,

akhirulkalam,
ku doa semoga berkekalan ke anak cucu,
jadikan ini tarbiah,
untuk menjadi isteri solehah disamping suami yang soleh,
insyaAllah....

p/s : mohon maaf ketidakhadiran ke majlis itu,
disebabkan masih di Ranau membuat kajian lapangan,
disamping melihat gambar-gambar kekanda,
adindamu di sini cemburu..
doakan adindamu jua beroleh jodoh yg baik...Amin...
selamat bertunang kekandaku Asyikin Syafikah dengan tunangnya Khairul Asyraf..

~antalog saerah 1

Genre : Puisi
Tajuk : Rania selembut sutera

ku kilau permata sianaran mentari,
ku lihat jau ke dalam tinta lazuardi,
panahan itu mencengkam kolbi,
meniti senja menyingkap dinihari,

pabila suratku kini ku karang,
buat yang jauh di perantauan,
kerinduan terlalu stigmanya menjulang ke angkasa,
melintasi segenap cakerawala,
namun masih belum terkias,
kerana rinduku kesumat lantera,

buat cintaku Rania,
anakanda kesayanganku,
walau jauh kita terpisah,
namun tekadku buatmu,
sentiasa dekat walau seinci,

titip kasihku buat New Delhi,
pabila Taj mahal tempat ku kenang,
rania jua tetap di hati,

salam rindu juga kasih,
buat anakanda yg berbatu jauhnya,
kerana Rania sutera hatiku,
pelembut sanubariku,
susah dan senang kita bersama,
Rania....
selembut sutera...

Nukilan : Syuhada Nored
Dedikasi buat ilyaa -New Delhi 2011

Saturday, September 24, 2011

~Tinta Fashika 5

Genre : pantun
Tema : Bebas

Haruan tasik, telur belangkas,
dimakan dengan si ulam raja,
hendak merisik, risiklah lekas,
kalau berangan melepas sahaja

kait pinang pilih-pilihan,
jangan dikait pinang muda,
kalau terkenang nasibku tuan,
tuliskan bait untuk kakanda

menanam kapas di bawah bukit,
menumpang dedalu tidak diduga,
tubuh dihempas hati yang sakit,
kerana selalu dikayu tiga

anak belia berseluar sendat,
konon berasa hebat gerangan,
hidup manusia resam beradat,
budi bahasa dijual jangan

dibuang lumut sampan digala,
asyik diperhati oleh aki,
matinya semut kerana gula,
matinya hati kerana dengki

anak teruna menjual baulu,
sejak pagi di pangkal titi,
tinggi mana si kinabalu,
tinggi lagi harap di hati

duduk memintal tali di bagan,
nakhoda arab meminta serbat,
tidur sebantal makan sepinggan,
tandanya akrab dua sahabat,

Nukilan : Pak Nazel
sensei pantun,kitabnya jadi panduan.
p/s : pantun 4 kerat biasa digunakan dalam kehidupan seharian,
ianya hanya perlu 4 patah perkataan dalam satu baris dan memerlukan 13-14 suku kata sahaja,
rima akhir a,b,a,b
rima tengah juga a,b,a,b

~Tinta Fashika 4

Genre : Puisi
Tajuk : Satelit buluh perindu di stalagmit niah

jauh perjalanan memecut laju,
prado perak kian meninggalkan negeri bawah bayu,
pabila kawalan pos merapok sudah dilepas,
kini kaki di bumi kenyalang,

tatkala hati kosong dan fikiran melayang,
ku lihat setiap perjalanan,
penuh keindahan ciptaan illahi,
ku panjat syukur pada yg Esa,

sudah seharian perjalanan ditempuhi,
akhirnya pabila senja melabuh tirai,
sang roda masih memecut di jalan negara Brunei Darussalam,
hinggalah tiba di pos terakhir melintasi sempadan negara,

kini...kaki memijak di bumi kenyalang lagi,
M.I.R.I kini menapak,
malam melabuh tirai,
punggung juga terasa sakit,
akibat perjalanan yang memakan masa 10 jam,
membuatku cukup untuk hari ini,

bumi kenyalang tersangatlah indah,
aku bersyukur sampai ke sini,
kerana dia jadikan ku jatuh cinta,
pada ini tempat ku berpijak,

aku selesa dengannya,
ingin ku tinggal lebih lama,
namun kekangan matlamat hidup,
membuatku terasa berat untuk pergi,
kerana cintaku sudah di sini,
semoga akan datang kembali lagi...

Nukilan : Syuhada Nored
Nukilan perjalanan KK-BRUNEI-MIRI 2010

Friday, September 23, 2011

~Tinta Fashika 3

Genre : Puisi
Tajuk : Epilog semerbak merdeka
Perjalanan ini ku telusuri sendirian,

Dalam keheningan suasana Gunung Kinabalu ku bermonolog,
Merdeka… merdeka… merdeka…
Apakah erti merdeka?        
Memoir minda meniti persoalan bercambah,
Diksi bertaburan,
Sirnanya memoir indah bersama hembusan bayu,
Hilang embunnya tatkala mentari menyusur cakerawala,

Lama ku titip pencarian,
Adakah merdeka itu pasti?
Semerbak kasturi, kilauan permata,
Itukah merdeka?
Atau… ia hanya sembilu,
Perisai ‘Singa Allah’,
Yang menikam musuh-musuh kental tanpa gentar sedetik pun,
Setajam itukah merdeka?

Aduhai pertiwi,
Sudah abad 21 kaki melangkah,
Merdeka sudah dilakar 53 tahun,
Apakah sudah cukup lazuardi merdeka itu?
Sukar ku ungkapkan,
Pelayaran Ibnu Batutah tak dapat ku telusuri,
Lelahku memikirkan,
Apakah sebenarnya merdeka itu,

Puas ku mengintai celaru sang mental,
Akhirnya…
Merdeka itu ku temui pokok pangkalnya,
Ku geledahi teras buminya,
Plat tektonik yang menghalang mentaliti berpaksi proaktif,
Ku tepis segalanya,
Akhirnya ku temui,
Sebutir permata,
Konklusi segala persoalan,
Bingkisan 53 tahun melakar kemerdekaan,
Hanya aku mengerti,

Melakar memoir indah sepanjang 53 tahun,
Malaysiaku merdeka,
Indahnya gunung kinabalu,
Megahnya menara berkembar petronas,
Membangunnya wilayah Iskandar Malaysia,
Tecetusnya pemerintahan RAHMAN,
Tunku Abdul Rahman bapa kemerdekaan,
Tun Abdul Razak bapa pembangunan,
Tun Hussein Onn bapa perpaduan,
Tun Mahathir bapa pemodenan,
Tun Abdullah bapa Islam Hadhari,
Dan…
Dato Seri Najib bapa 1Malaysia,
Revolusi demi evolusi tercetus sehinggalah,
Terbentuknya Malaysia 2010,
Memacu wawasan 2020,
Terus memacu dengan kelajuan maksimum,
Mengikut dasar-dasar tertentu,
Landasan hakiki teras pembangunan,

Dalam kelajuan memacu sang pelumba,
Tak disedari kebocoron minyak RON95 di tengah jalan,
Mengapa ini terjadi? Mengapa?
Desirnya berdesing keras di cuping telingaku,
Sehingga mentalitiku kembali kelabu,
Diselaputi pencemaran kesan rumah hijau,
Sisa toksik merebak pantas,
Air bersih dicemari sang kelodak,
Menggigilku ketakutan,
Merdeka apa ini?
Apa semua ini?
Apa?!

Menangis hiba sang hatiku,
Berpelesaran si stoking hitam,
Bermanjaan si rempit liar,
Rokok Dunhill menjadi gula-gula harian,
Dadah,ganja,syabu,maksiat menghembus busuk neraka jahannam,
Astaghfirullah hal aziim…
La ila ha illallah…
Runtuh piramid Giza,
Gempa bumi di gunung everest,
Tsunami 2006 datang kembali,
Gelombang akhir zaman kian menampakkan tanduknya,
Masih merdekakah itu?

Masih ku sedar,
Masih waras ku berpijak di bumi nyata,
Ufuk timur, barat, selatan dan utara,
Masih jelas noktahnya,
Namun… hiba hati,
Hanya Tuhan maha mengerti,
Di manakah sudah haruman lavender merdeka,
Masihkah ia semerbak,
Atau sudah berulit dengan bau jannah?

Biarkan lah ia berlalu,
Merdekaku kian sirna,
Egois semakin menebal,
Evolusi semakin meruap-ruap bagai gunung berapi Pinatubuo,
Lemas dalam dunia sendiri,
Terkapai-kapai mencari jalan pulang,
Sang kelodak tiada penghujung,
Sinis!
Hampa,kecewa,marah,geram,sedih…
Hanya doa mampu ku titipkan,
Kembalikanlah merdekaku,
Malaysiaku masih berdaulat…

Nukilan : Syuhada Nored
Hasil karya puisi kemerdekaan 2010 IPG Kent

~Tinta Fashika 2

Genre : Gurindam
Tajuk : Laksana kiambang bertaut

tertaut hati pada teruna,
namun hilang entah ke mana,

berjuang bergalang jiwa dinoda,
disulam semangat digilis roda,

jatuh tempias indera kayangan,
tanahnya sulu jadi naungan,

lidah berkelana bibir bertutur,
cantas kata kurang diatur,

budi ditabur bukan sedikit,
namun dilupa berbukit-bukit,

Nukilan : Fashika
P/S : baru berjinak dengan gurindam

~Tinta Fashika 1

Genre : Puisi 
Tajuk : Arigatou Kuzaimas Ilyaa 

pahat berbunyi,
tatkala hening malam kian berlabuh,
ilhamku datang tanpa diundang,
mencoret nukilan buat insan istimewa,
pernah bertahta di sanubari,

tanggal 2009 mula bercengkerama,
bibit di hati mencari pengganti,
tiada terbuka ruang di hati,
luka lama belum disembuh,
hadirnya di sisi pengubat luka,
janji dimetrai 2009,

suka duka diharung bersama,
tatkala sedih ada hati ditumpang pilu,
tatkala gembira ada senyuman ditumpang ukiran,
segalanya bagai baru semalam ku lalui,

hari-hariku indah dengan khabarnya,
hari-hariku tertekan dengan konfliknya,
asam garam dirasa bersama,
jatuh bangun ada pendampingnya,
kikiran juga ukiran kenangan terpahat di jiwa,

makan minumku dijaga rapi,
tatkala makan bersama,
pedas dan asam dilarang sekali,
diberi jua sedikit cuma,
namun tetap dijaga rapi,
segalanya teratur satu persatu,

wayang dan boling hobi bersama,
ada saja aktiviti baru,
walau bola itu berat,
semakin hari semakin jinak bersamanya,
darinya jua boling kegemaran,
MCD dan KFC santapan ekspres,
bagai ekspreso dari Milan,

namun...
segalanya kini berubah,
hatinya tiada ruang untuk kenangan itu,
tertinggal di sini sendirian,
hanya doa mampu diiringkan,
hati tak mampu membencinya,
walau sakit perlu dipendam,
kerana sayang itu masih segar,
tintaku lakar buat ilyaa....
semoga dirimu turut merasa....
arigatou kuzaimas ilyaa...
私はあなたを愛して
私はあなたがいなくて寂しい
あなたの愛し、世話していただきありがとうございます



Nukilan : Ilyaa 
אַפיק אַריפין     

~Ilham Ilyaa 5

Genre : Puisi
Tajuk : Skeleton samudera Petersburg

rentak paluan gambus berirama,
menyinar hari si pendayung tua,
hembusan bayu pantai St Petersburg,
membibit cinta di bumi Rusia,

jari-jemari lemah gemalai,
mula bertakrif kencana tautan,
digigil digigih sang skeleton,
menggerak geri langkah tersusun,
tercantas lukutan menanak nasi,
gegar menjadi sebuah bayangan,

samudera itu kian terpauh,
sauh dilabuh,
tirai diampai,
st peterbug cinta berputik
skeleton KURSK menjadi saksi,
melabuh samudera di bumi ini,
kenangan terpatri bersemi dijiwa,

andai mampu ditolak ditambah,
langkah itu kan diubah,
diatur rapi penuh gemalai,
agar skeleton terus menerjah,
samudera Petersbug jadi memoir....

Nukilan : Saadiah Nored

~Ilham Ilyaa 4

Genre : Puisi
Tajuk : Lantera seorang saudagar intelektual
Dedikasi buat : Encik Muhammad Ridzuan Idris
(Pensyarah JKS)

lakaran tintaku masih segar bersemi,
terpahat hati jua sanubari,
tinta diukir penuh makna,
buat tatapan di hari kelak,

masih ku ingat jejak-jejakmu di kala hari pertama,
bermula memijak di kelas Pengajian Sosial
semester 2 PPISMP,
masih hingusan si budak-budak,
gegar gempita riuhnya ruang,
bengis wajahmu juga tuturmu,
membuat segenap hati gugup padamu,
soalan ditabur bertubi-tubi,
sudra,vaisya,kasytria dan brahmin jadi ukuran,
sejarah mula di tamadun dunia,

setelah kaki melangkah di PISMP,
bertemu mata jua hati,
di semester 2 jua kita bertemu,
sejarah perkembangan negara mula diatur,
ligat berputar senatero fakta,
fasih berfalsafah buatku kagum,
sejarah itu dalam genggaman,

namun....pertemuan kita,
sesingkat cuma,
kerana cita juga impianmu,
PHD kini bakal digenggam,
namun anak didikmu,
derita sakit merasa,
kehilangan saudagar pedagang ilmu,
dari seorang sensei berkarisma,
hanya doa jua harapan,
moga impianmu tercapai hendaknya....

Nukilan : Syuhada Nored

~Ilham Ilyaa 3

Genre : Puisi
Tajuk : Antalog entiti simbiosis Geneva dan La Jarrett

terbang menerjah awan,
geruda Airline menebusi segenap komolonimbus,
sehingga merentasi beberapa benua,
mencari segenap lapisan longitud dan latitud,
akhirnya berpijak di bumi Switzerland...

menapak kaki yang kedinginan,
tanggal 26 Disember 2010,
sayap itu terbang bersamanya,
membawa hati yang lara,
bertapak di bumi antalog,
entiti yang dilakar,
masih segar diingatan,

jika antalogi aku anak timur bahan umpanya,
ku lakar antalog di bumi switzerland,
ketenangan juga kedamaian dapat dirasai,
pabila Jerome membawa pergi,
melihat segenap kebesaran ciptaan Illahi,

lakaran tinta bermula bila duduk termenung,
di Lord Nelson Pub,
bukan sebarang pub,
sekadar cafe kunjungan ramai,
sambil Jerome menerang entitinya,
tinta pantas melakar untaian,

ku lihat bandarnya,
tersusun rapi,
ku lihat segenap ruangnya,
indah belaka,
tapi....bagiku...tetap Malaysia jua bertahta di hati....

namun....di lakar cerita La Jarrett,
guanya xkan pernah seindah niah,mulu,tingkayu...
tapi ia ttp penarik hati,
tatkala perkampungan di Targon Switzerland diredahi,
tak pernah putus bersyukur pada Illahi,
kerana diberi kesempatan,
merasa bernafas di bawah mata angin Switzerland....

akhirnya...
tinta terhenti,
kerana perjalanan di situ sudah berakhir....
1 hari nanti berharap ada di sana...

Nukilan : Syazwani Nored 
dedikasi dari : Louise Jerome

~Ilham Ilyaa 2

Genre : Puisi
Tajuk : infiniti lavender di st Paulus 30 Queen Street

ku cari-cari lakaran itu,
ku kejar haruman itu,
echanture?
ohhh!
bukan...
apakah haruman itu?

seorang tua di St Paulus menegurku,
apa yang kamu cari di sini cik?
pakcik...boleh saya bertanya?
pardon...
apakah bau ini?
ohhh!itulah lavender....

aku mulai terkejut,
adakah lavender di sini?
aku mulai ragu2,
adakah aku sedang bermimpi...

pakcik...betulkah itu lavender?
odero....aimos itulah lavender...

aku mencari di segenap ruang bandar st paulus,
mencari di mana lavender itu,
ku cari,
ku hidu,
ku pejam mata,
akhirnya ku putus asa...

pakcik...saya tidak menemui lavender itu...
pakcik itu bergeleng kepala,
tetapi mengukir senyuman...

aku mulai pelik...
sehingga ku terjumpa suatu tempat...
lakaran yg cukup indah...
namun haruman cuma di rasa,
tapi...
lavender tetap infiniti...

ku mengharap st Paulus,
bakal merungkai persoalan itu,
di 30 queen street hanya berkoma,
kerana.....jawapan itu tetap ku nanti....

Nukilan : Syazwani Nored

~Ilham Ilyaa 1

Genre : Puisi
Tajuk : Dikala Sang sanubari berkarisma sintaksisnya

jauh di lubuk hati ku tutur kalimah kejujuran,
dari benak ruang hati yg tersepit,
menguntai kata dalam kedukaan...

ingin ku berbicara,
sedalam jurang marina,
setinggi gunung everest,
tp madah xsecantik Granada,
menapak kaki bertinta d sana...

ku lihat gelak tawa,
anak muda d jalan Brisbane,
sehingga ku terlihat pada si kecil,
duduk sendirian mendakap jiwaku utk bercengkerama,
ku atur satu persatu langkahku,
utk ku tatap wajahnya,

xsampai seinci kaki ku melangkah,
seolah benak fikirannya mulai membaca,
gerak geriku terhenti,
bila si keceil berlari ke arahku,
mendakap penuh erat,
kaku terhenti langkah seketika,

ku tatap wajahnya penuh rentetan,
ku cuba selami apa yg tersurat juga tersirat,
akhirnya dia berbicara,
katanya ayah sudah tiada,
ibu pula sibuk berjoli,
aku mulai sedar...
betapa bersyukurnya masih ada yg mendakap...

ku dakap penuh erat,
di jalan Brisbane mengukir pertemuan,
antara Emelda dengan Fashika,
menguntai bicara,
membuatku sedar,
betapa hidup ini terlalu berkalang noda,

akhirnya...
ku titip sehelai selendang buatnya,
jadi kenangan antara kita...
ku titip pesanan buatnya,
jadilah insan yg berguna...
hargai apa yg ada...
agar kelak xtercari-cari,
kerana sakit bila kehilangan....

Nukilan : Saadiah Nored