Genre : Puisi
Tajuk : Je Te aime di Touluse
rasa hati ingin bergurindam,
tapi bait memilih puisi,
kerana sukar diungkapkan gurindam,
ceritaku panjang berjela,
antalogku terbang menerjah awan,
membawa antalik sanubari yang bungkam,
pasca rancasila mula berirama,
antara aime yang sekecil zarah,
maupun aime yang seluas cakerawala,
pabila ku jejakkan antalogku di Touluse,
segenap rasaku memulakan untaian,
kata-katanya tersusun bait demi bait,
kerana aime sudah ditemui,
segenap rasa bercengkerama,
aku mulai tersenyum,
kerana ukiran je te aime ku terima,
dari antalogku terbang ke Touluse,
mencari sinar baru,
mendakap impian baru,
bergelumang nista baru,
duniaku kian baru,
sudah ku tinggalkan jejak-jejak bungkam triste,
kegurisan dalam sanubari memecah segenap aime,
dari seorang jejaka picisan,
menoda aime bergelumang la corruption,
hiba membawa diri bersama antalog dan antalik,
kini...
Touluse je te aime,
bersama impian baru,
harapan baru,
cita-cita baru,
di sini,
bermula,
antalogku terbang,
bermadah bicara,
beribu batu jauhnya,
bersama antalik perancis,
tanpa menoleh ke belakang lagi,
ku teruskan perjuangan,
langkah demi langkah,
diatur rapi,
merebut segala ruang dan peluang,
agar tak kecundang lagi,
picisan ditinggalkan,
terbang membelah awan,
langitud dan latitud yang tiada pada radar,
memberi senyuma padaku,
kerana itu....
je te aime Touluse...
Nukilan : Saerah Nored
Touluse 2011
No comments:
Post a Comment