Sunday, September 25, 2011

~antalog saerah 1

Genre : Puisi
Tajuk : Rania selembut sutera

ku kilau permata sianaran mentari,
ku lihat jau ke dalam tinta lazuardi,
panahan itu mencengkam kolbi,
meniti senja menyingkap dinihari,

pabila suratku kini ku karang,
buat yang jauh di perantauan,
kerinduan terlalu stigmanya menjulang ke angkasa,
melintasi segenap cakerawala,
namun masih belum terkias,
kerana rinduku kesumat lantera,

buat cintaku Rania,
anakanda kesayanganku,
walau jauh kita terpisah,
namun tekadku buatmu,
sentiasa dekat walau seinci,

titip kasihku buat New Delhi,
pabila Taj mahal tempat ku kenang,
rania jua tetap di hati,

salam rindu juga kasih,
buat anakanda yg berbatu jauhnya,
kerana Rania sutera hatiku,
pelembut sanubariku,
susah dan senang kita bersama,
Rania....
selembut sutera...

Nukilan : Syuhada Nored
Dedikasi buat ilyaa -New Delhi 2011

No comments:

Post a Comment