Genre : Puisi
Tajuk : Satelit buluh perindu di stalagmit niah
jauh perjalanan memecut laju,
prado perak kian meninggalkan negeri bawah bayu,
pabila kawalan pos merapok sudah dilepas,
kini kaki di bumi kenyalang,
tatkala hati kosong dan fikiran melayang,
ku lihat setiap perjalanan,
penuh keindahan ciptaan illahi,
ku panjat syukur pada yg Esa,
sudah seharian perjalanan ditempuhi,
akhirnya pabila senja melabuh tirai,
sang roda masih memecut di jalan negara Brunei Darussalam,
hinggalah tiba di pos terakhir melintasi sempadan negara,
kini...kaki memijak di bumi kenyalang lagi,
M.I.R.I kini menapak,
malam melabuh tirai,
punggung juga terasa sakit,
akibat perjalanan yang memakan masa 10 jam,
membuatku cukup untuk hari ini,
bumi kenyalang tersangatlah indah,
aku bersyukur sampai ke sini,
kerana dia jadikan ku jatuh cinta,
pada ini tempat ku berpijak,
aku selesa dengannya,
ingin ku tinggal lebih lama,
namun kekangan matlamat hidup,
membuatku terasa berat untuk pergi,
kerana cintaku sudah di sini,
semoga akan datang kembali lagi...
Nukilan : Syuhada Nored
Nukilan perjalanan KK-BRUNEI-MIRI 2010
No comments:
Post a Comment