Genre : Puisi
Tajuk : Lantera seorang saudagar intelektual
Dedikasi buat : Encik Muhammad Ridzuan Idris
(Pensyarah JKS)
lakaran tintaku masih segar bersemi,
terpahat hati jua sanubari,
tinta diukir penuh makna,
buat tatapan di hari kelak,
masih ku ingat jejak-jejakmu di kala hari pertama,
bermula memijak di kelas Pengajian Sosial
semester 2 PPISMP,
masih hingusan si budak-budak,
gegar gempita riuhnya ruang,
bengis wajahmu juga tuturmu,
membuat segenap hati gugup padamu,
soalan ditabur bertubi-tubi,
sudra,vaisya,kasytria dan brahmin jadi ukuran,
sejarah mula di tamadun dunia,
setelah kaki melangkah di PISMP,
bertemu mata jua hati,
di semester 2 jua kita bertemu,
sejarah perkembangan negara mula diatur,
ligat berputar senatero fakta,
fasih berfalsafah buatku kagum,
sejarah itu dalam genggaman,
namun....pertemuan kita,
sesingkat cuma,
kerana cita juga impianmu,
PHD kini bakal digenggam,
namun anak didikmu,
derita sakit merasa,
kehilangan saudagar pedagang ilmu,
dari seorang sensei berkarisma,
hanya doa jua harapan,
moga impianmu tercapai hendaknya....
Nukilan : Syuhada Nored
i like!
ReplyDeletetankiu...hihihi
ReplyDelete