Tuesday, December 13, 2011

Alunan Stigma Erigona 1

Genre : Puisi
Tajuk : Badarsila rentak puitis

jejakku yang hilang,
kian hilang,
dan terus hilang,
dimamah kenangan,
yang menyakitkan,
dan terus menyakitkan,

ku sentap fatamorgana,
ku redah ranjau berligat,
payah ku tempuhi,
sehingga mengalir darah terakhir,
dari segenap ruang yang disakiti,

kepayahanku kian dilupa,
pengorbananku sia-sia,
kejujuranku dikotak katik,
andai saja kita mengetahui,
perjuangan insan itu,
menyeliputi segenap cakerawala yang terluas,
di bumi yang tak terbatas,
sehingga gugur kembali ke tanah,

di mana taburnya kata-kata,
menjadi proksi politik kian meruncing,
di mana alunan rentaksila dulukala,
menjadi abu beterbangan di angkasa,
melilit sanubari yang terluka,
berantai mantika,
jauh di sudut antartik,

tiada gunapunya mata,
jika tiada bisa melihat,
tiada gunanya hati,
jika tiada bisa menilai,
alpa,
duniawi merajai,
ego menjadi ghairah,
rentak kian sirna

andai saja kita ketahui,
insan itu terus terluka,

menanti pada sesuatu yang pasti,
hanya dia mampu mengerti...

Nukilan : Fatin Syuhada

Saturday, November 12, 2011

~Rentak Fashika1

Genre : Puisi
Tajuk : Paluan irama di benak warisan

secangkir rasa membuai kalimah,
menghitung bait tanpa bicara,
diwarkah ini bersaksi pena,
mencari paluan rentak berirama,

anak-anak bangsaku,
kian egois bersama limpahnya reproduksi transformasi,
mencelah di segenap ruang lingkup,
segalanya mencabar identiti,
tatkala itulah malapnya warisan bangsa,

diterangi si tua yang bermadah,
di hening subuh melakar tinta,
wasiat warisan zaman berzaman,
buat anakanda juga cucunda,
menjadi wadah penyambung warisan,
tatkala ajal menjemput pergi,

bangsa kita bangsa pelbagai,
namun teguh di bawah 1 rumpun,
erat berpadu di bawah naungan,
1Malaysia jadi pegangan,

pelbagai budaya juga adat,
pelbagai warisan ditakluk sejarah,
entilog dan penilog terus bercambah,
bagai melakar metafora,
di jalan ini mula berdesing,
laungan kemerdekaan terpahat di jiwa,
takkan tercalar walau sejuta rasa,
mengundang nestapa di malam suram,
biarkan anakanda penyambung warisan,
Malaysia jua tetap di hati...

Nukilan : Fatin Syuhada
Puisi ini sepatutnya dipertandingkan di Pesta Warisan Unitar....tapi bukan rezeki untuk mengikuti,akhirnya terkubur di teratak ini sebagai tatapan buat pembaca...

Sunday, October 30, 2011

~Entiti Nalita

Genre : Puisi
Tajuk : Fentolop Astarisianisasi

ku jejak liku-liku hati yang bungkam,
mencari 1 jawapan yang pasti,
dalam tinta berkarya,
melakar penuh jejalan cerita,
agar tiada yang tertinggal

jika hati tiada teguhnya,
mengapa bisanya memaut harapan,

sama yang tiada pastinya,
menaut satu lakaran Rastogi,
dalam tinta berkata,
dalam hati bertahta keris setajam entilog,

jantung berdegup kencang,
tatkala mata mula terlihat,
pada entiti entri yang tiada fastorinya,

rantaian etigma dipasak rapi,
tatkala hati tertusuk sang neraca yang patah,
tapi...
pabila taufan katrina seindah nama,
meributkan segalanya,
hilang segalanya dalam mentaliti,

jejari masih kekal berepilog....

Nukilan : Fashika Syuhada

Wednesday, October 19, 2011

~Rima Syafiqah 5

Genre : Puisi
Tajuk : Antiklin di benak sumatera

jauh perjalanan,
ku rasa hambar,
tatkala hati menahan sebak,
ku tuturkan bait karangan,
yang bisa menyembuh luka di hati,

teringat itu dan ini,
teringat pada kata-kata,
teringat pada segalanya,
membuat fatamorgana mulai ligat,
gondorowo mula menghantui,
tatkala hati kian lemah,

sesungguhnya,
sangat mengharapkan,
masa bisa diputas kembali,
kerana segalanya bakal berulang,

adakah ini penderitaan baru,
atau ia jejak langkah yang baru?

ku tiada pengertian,
kerana bungkam dengan epilipsi,
ku mulai tuturkan,
bahawa....
jagalah aku sebaiknya,
usah disakiti lagi,
sebagaimana disakiti dulu....

Sunday, October 16, 2011

~Rima Syafiqah 4

Genre : Puisi
Tajuk : Seketika atau sementara

dalam litupan angin bayu menghembus,
perbicaraan entiti dirungkai semulusnya,

penceritaan itu ibarat bait syair,
yang dikarang sintaksisnya,
untuk menjadi simbiosis introduksi,

hari ini,
fikiran itu melayang,
mencari jawapan pada persoalan,
antara kekal maupun sementara,
merungkai satu destinasi,
yang sukar diteroka,

ingin ku tatap bait-bait kata itu,
untuk ku ungkaikan yang tersurat lagi tersirat,

adakah ini satu permulaan baru,
bagi perhubungan yang jauh ditinggalkan dulu?

atau...
ini satu helah,
kesakitan lagi?

apa yang diharap,
apa yang dipinta,
jawapan itu,
tetapkanlah hati,
usah dibongkar lagi kisah yang lama,
menyakitkan jiwa juga sanubari,
titah ditutup buku lagenda,
untuk membuka jilid yang baru,

semoga,
hati ini,
tiada sakitnya lagi.....

Nukilan : Ilyaa Fashika

Saturday, October 15, 2011

~Rima Syafiqah 3

Genre : Puisi
Tajuk : Jejari Jesselton 

Jesselton?
banyak yang tidak mengenali,
mengapa?
butakah sejarah?

aku terpinga-pinga,
bila dikejutkan,
ada yang tidak mengetahui,
di mana Jesselton

kini,
Jesselton mula bercerita,
dari jejari itu,
segalanya bakal terjawab,

malam-malamku menelusuri Jesselton,
ku lihat kemerlipan,
yang bercerita karyanya,
ku lihat jalan-jalannya kini dipenuhi,
sang roda-roda kota,
dipenuhi sang patung-patung ria,
dipenuhi sang tembok-tembok konkrit,
ku sedari,
Jesselton....

jika dulu tiada kelihatan seperti bandar raya lain,
kini,
ku mampu katakan ia setanding yang lain,
kerana Jesselton,
tercatat sejarah sulu,
sejarah Brunei,
sejarah Borneo,
rugi pada yang kurang mengetahui,
hanya tahu mengomong,
Jesselton masih rimba,

dulu,
ia tak diteroka,
kini,
ia semakin rancak membangun,
di sini ada 'CP',
dulunya Yohan,bertukar Pacific Ngiukee,
kini Center Point,
nadi Jesselton paling utama,
rugi bagi yang tidak mengetahui

dulu,
tiada hotel 5,6,7 bintang,
apatah lagi 1,2 bintang,
kini...
Le Meredian,
Sutera Harbour,
Baverly Hills,
The Palace Hotel,
segalanya berbintang-bintang,
ya...Jesselton bercerita lagi,

dulu...
mahu mendapat ilmu peringkat tinggi perlu ke seberang,
sekarang?
UMS,UITM,UTM,UNITAR,
PTPTL,MASTERSKILL,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,POLITEKNIK
swasta?
kerajaan?
segalanya ada...
antarabangsa jua ada,
Jesselton kini...

dulu...
pendidikan rendah,pendidikan bestari,pendidikan kluster?
tiada...
adapun susah ditemui...
kini?
berlambak sekolah bestari,
sekolah kluster,
sekolah sains,
maktab rendah,
maktab sabah,
swasta,
kerajaan,
antarabangsa,
semua ada...

gedung membeli belah?
sangat berantai-rantai,
wawasan plaza,kk plaza,suria,1Borneo,Karamunsing,Warisan Square
semuanya banyak berlambak-lambak,

ia bercerita lagi,
adanya pantai yang menjadi tumpuan,
Tanjung Aru,
sememangnya jadi tarikan,
mat salleh pun tau,
inikan pula yang tidak mengetahuinya ialah orang sendiri,

francais-francais makanan berlambak,
big apple,dunkin donut,pizza,sushi,McD,KFC,burger king,
sukar disebut lagi,
terlalu berlambak

gedung mewah membeli mutiara?
sememangnya,
Pasar Filipin,
gaya street,
segalanya ada di mana-mana,
rugi-rugi
bagi yang tidak mengetahui

Jesselton bercerita lagi,
tatkala semakin membangun,
ramai yang masih di bawah tempurung,
asyik mengata ia tak maju,
asyik mengata masih di rimba...

jika ingin disebut,
panjangnya berjela lagi,
kalau hendak mengata,
biar berpada,
kalau hendak menilai biar bertahu-tahu,
kalau hendak menidak,
biar berilmu-ilmu,
kalau hendak merasa sendiri,
datang dan nilai sendiri,
Jesselton kini....
KOTA KINABALU,SABAH....

Nukilan : Syuhada Nored
P/S : ketahui sejarah sebelum mengata,biar imu penuh di dada sebelum berimba, jangan asyik mengganggap  tempat yang lain tidak menarik, jangan asyik menganggap tempat lain masih di rimba,jangan asyik menganggap tempat lain bukan dalam Malaysia....makanya...ketahuilah sejarah sebelum berkata-kata...

~Rima Syafiqah 2

Genre : Puisi cerita
Tajuk : Tinta Dewi buat Arjuna

tintaku menari-nari di atas pena dan sehelai kertas,

mengarang sebuah diari,
tapi...
sukar diungkapkan,

Dewi berkias :
hari ini,
ku berjalan dengan Arjuna,
tapi,
tak ku sangka,
aku juga berjalan dengan sang dewi-dewi yang lain,

pertamanya,
hatiku berdebar,
tapi...
setelah bersua dengan dewi-dewi itu,
aku mulai bingung sendiri,

inginku menjadi mesra,
tapi lidah kelu berkata,
tangan hanya mampu berjabat,
tapi...
segalanya bungkam,

aku...
yang sememangnya menahan kelaparan,
hilang seleraku,
tertaut lagi dengan McD kegemaranku,
tapi ku pandang tak lalu,

bila ku lihat lagi kemesraan dewi-dewi itu,
bercerita bersama Arjuna itu,
aku mulai hilang maujudnya,

semakin ku selami wataknya,
aku dikejutkan tepuk tampar,
antara dewi dan arjuna,
aku semakin memencilkan hati,

ku bawa perasaan itu sejauh yang mungkin,
ku sirapkan segala perasaan,
sinis ku rasakan,

akhirnya,
ku pujuk diri sendiri,
melihat cerita itu,
ku sedapkan ia dengan gelak dan tawa,
agar tiada ketara,
bungkam yang terpedih ku rasa,

tiba-tiba,
sekali lagi jatuh gugur,
guruh gempita,
menggegar aksara,
tatkala dewi mengajak lagi,
berjalan di satu tempat,
aku mulai bungkam di dalam hati,

segenap rasa ku sedapkan tautannya,
bila ku lihat reaksi itu lagi,
panas ku rasakan,
bungkam sekali lagi,
bila ku dengar makian 'Babi',
sekali lagi menyirap darahku,

sepanjang ku suka memaki,
tak pernah ku lontar sekeras itu ayatnya,
kerana aku...
masih menghormati,
bagi yang mengenali binatang itu,
dewi...
tolong hormat budaya sini....

ku sedapkan lagi hati yang bungkam,

ku lupakan itu dan ini,
tiba-tiba pagi itu dikejutkan lagi,

mau ke sana?
aku dengan segeranya ,
mencari helah,
ku biarkan arjuna membuat keputusan,
agar tiada kelihatan,
hati yang bungkam

bibir muncung masam di muka,
lebih masam dari cuka,

bila mana,
kata-kata itu membuatku bungkam lagi,

akhirnya permainan itu ku mainkan,
dan kesannya,
tiada yang memuaskan,
bola tunggang langgang,
pemanduan tiada arah,
akhirnya sendiri menahan amarah,

lantas...
petang itu terluah yang terbuku,
tersirap segala frasa,
mengungkap semantik dalam bicara,

bahawa...
aku kurang selesa,
dengan kehadiran dewi-dewi,
yang bukan citarasaku...

maaf kiasan ku kasar,
bagai batu kelikir,
tapi setajam pedang Hamzah,
hatiku parah ditusuk

Pesan si Dewi :
kalau mahu jadi orang,
jadilah orang yang mampu membahagiakan orang,

kalau mahu jadi sahabat,
jadilah sahabat yang mampu menjaga tatasusila

kalau mahu jadi intelektual,
jadilah insan sematang yang boleh

kalau mahu dihormati orang,
jadilah insan yang menghormati orang lain

kalai mahu bergelak tawa,
biar kena pada siapa,

kalau mahu bertepuk tampar,
biar padan dengan siapa,

kalau mahu bermesra sapa,
biar tahu siapa di depan siapa di belakang,

kalau dan kalau,
mampu dimengerti,
si dewi,
bungkam dengan nama yang selalu disebut itu,

baginya,
seakan tiada nama lain untuk disebut....

jadilah manusia yang tahu berfikir....

Nukilan : Ariyana Asri
#Terima kasih buat kekanda kerana sudi menyedarkan dengan bait kata-kata yang tercipta ini#

Thursday, October 13, 2011

~Rima Syafiqah 1

Genre : Puisi
Tajuk : Laskar tinta samudera tautan

lautan samudera ku redahi,
antara api, air, hujan, angin,
ku cekal dengan kaki yang longlai,
kental azam dijunjung,
meredah badai penuh fatamorgana,

kadang,
hati terlalu sakit,

bila jasad harus menurut,
hati memberontak,

kadang,
ia disakiti,
dunia ini penuh lakonan,

ada yang baik,
tatkala senang,
tapi melupa,
tatkala susah,

janji ditabur di mana-mana,
tinta ucapan manis dikilas berjuta-juta,

lantaran hambar fatwa berkarisma,
jinjingan intelektual tiada patrinya,

hilang lesap,
ku mencari arah pangkalnya,
di mana hulunya,
ke mana hilirnya,
asing terasa,

sanubari bermadah bicara,
kantalinasinya kian suram,

deraian hujan itu,
membawa jatuhnya,
mutiara jernih,
membasah kelopak retina,
hingga jatuh membasahi segenap rasa,

bila hati kian disakiti....

Nukilan : Syuhada Nored
#rentaksila puteri Fashika...

Tuesday, October 11, 2011

~Tautan syuhada 5

Genre : Puisi
Tajuk : Pastor dan Pastori di Jarrett

kincir dan kecana,
berlari-lari mencari cari,

memandang pada sebuku roti,
pastor,pastor...
ku menoleh sesiku,
apakah yang dimaksudkannya?

melangkah lagi kaki bersama si kincir,
memandang pada seutas tali,
Pastori,pastori,
ku jeling sesisir,
apakah yang dimaksudkan itu?

ku berjalan lagi,
Jarrett?
oh....cerita si kincir,

aku masih tak mengerti,
mengapa ada roti dan tali?
mengapa orang menggelar pastor dan pastori,

oh...
pusing sekali,
kata orang indon itu,

aku bingung?
kompleks yang teramat,

berjalan lagi hingga ke Geneva...
yaaaa....ku melihat si kencana,
ku beri padanya pastor,
tapi dia sangat degil....

akhirnya,
ku beri ia pastori,
dan dia sangat suka,
bermain-main sambil menghadam pastor...

kini...ku mengerti...
setiap yang dilalui,
pasti ada kaitan,
dan setiap perkaitan,
pasti ada cerita,
antara pastor dan pastori,
bersama kincir dan kencana,
di bumi Jarrett....

Nukilan : Saerah Nored
#Antalog di Bumi Switzerland#

Saturday, October 8, 2011

Tautan syuhada 4

Genre : Puisi bebas
Tajuk : Patah sayap cintaku

tatkala detik itu ku mengenalinya,
insan bernama ilyaa,
terpatri di sanubari,

mencintainya memrlukan 1 saat,
tapi untuk ku lupa segalanya memerlukan masa sepanjang hayat,

jika dia lebih memilih yang lain,
bukan ku tak meredhai,
tapi kesakitan itu sejujurnya perlu ku rasai,
kerana urusan Dia,aku dan ilyaa yang mengetahuinya,

sayang padanya tak mengira rupa,
juga apatah lagi harta,
tapi helah dan liciknya,
dengan kelembutan hati,
terjerat pada penipuan ini,

kadang-kadang ingin ku melupa,
tapi hati tetap mengingat,
kerana janji,
ku tuntun ia,

terlalu juga tak mahu,
tertanya pada jawapan yang samar,
membuat spatialku berkecamuk,
dek taufan yang melanda,
ku gagahi jua,

kadang ku juga berubah angin,
tapi tak bermakna ku berubah hati,

memang ku akui,
ku selalu membuat kesilapan,
ku selalu banyak persoalan,
ku selalu menjaga itu dan ini,
tapi...
itu tak bermakna ku mengongkong segalanya,

terkadang bila hati sudah dimanipulasi,
merajuk itu pasti,
tapi tak bermakna ku ego,

ku akui jua,
suatu ketika,
kematangan itu tak terserlah,
kemanjaan itu mengada-ngada,

bila pertama kali ku dimanipulasi dengan kecurangan,
ku akui jua,
ku sakitkan dia dan dia,
tapi tak bermakna aku harus dipersalah sendirian,
mengapa tidak dia dan dia juga dipersalah?
haruskah bahu yang menderita dipersalah?
haruskah dia membela dia,
haruskah yang lain membela yang salah?
airmataku tiada yang mengerti,

terkadang ingin saja ku turuti darah muda,
ingin sahaja ku beri buku lima,
ingin sahaja ku beri jari nan lima,
ingin sahaja ku beri sepak terajang,
ingin sahaja ku hunus segala kesakitan pada dia dan dia,

tapi...
aku juga insan biasa,
hati mana yg tak terasa bisanya,
bila dia mula memanipulasi,
dan bila dia yg mengetahui dia sudah berpunya,
tetap ingin memiliki?

kadang ku tertanya sendirian,
mengapa masih ada insan dia yang sanggup memetik bunga,
lalu merosakkan,
dan meninggalkan tanpa bersalah?

kadang ku bertanya lagi,
mengapa masih ada insan seperti dia,
ketandusan lelaki,
yang masih ingin memiliki,
pada yang dah berpunya?

kadang ku tertanya,
siapa yang salah?

tapi...
hati manusia tiada paksanya,
makin dipaksa makin memberontak,

akhirnya...
tintaku undur diri,
puaslah hati dia dan dia,
bila hati yang menderita ini melangkah pergi,
membawa 1001 kesengsaraan,
membawa segala penderitaan,
membawa segala yang tercalar,
tanpa diketahui dia dan dia...
betapa patahnya sayap,
kekuatan cinta,
insan bernama fashika....

Nukilan : fashika syuhada
tinta buat : pencuri hati ilyaa
#tatkalahatiberbisamenahankesakitandiadandia#

Friday, October 7, 2011

Tautan syuhada 3

Genre : Puisi
Tajuk : Malam diangkasa

bila hati mula bertinta,
ku semat jari jemari di papan kekunci,
melakar rasa penuh fatriona
kecimpung Gondoroyo Majapahit,
melakar cerita malam diangkasa,

tatkala detik 9.45 malam,
si geruda bersayap gergasi membawa pergi,
Puteri rentaksila terbang jauh merentasi Laut China Selatan,
melihat antorgana dari perspektif nano,
jentayu mula mengibar sayapnya,

melihat malam di angkasa,
dengan gemerlapan bintang bima sakti,
ku terjemah rasa hati,
dari satu puitis ke satu putis yang lain,
bungkam sendirian di dalam perut si geruda,

betapa besarnya dan agung ciptaan Illahi,
ku lihat malam itu sungguh indah,
tatkala bintang yang mengerlip cahayany,
hinggalah awan-awan komulonimbus yg melitupi segenap angkasa,
betapa bersyukur hidup ini milik kita,

dalam pada ku berantalog sendirian,
ku teringat pada kisah itu,
buat hati seakan lara,
tatkala jantung ditikam taming sari,
petang itu membuat segala perasaan berubah,

ku tinggalkan sejenak gegar gempita cerita hati,
tatkala rintik coretanku melabuh tirai,
menapak kaki di tanah itu,
geruda kini terhenti seketika,
perjalanan itu penuh misteri....

Nukilan : Syuhada Nored 

Tuesday, October 4, 2011

~Tautan syuhada 2

Genre : Puisi
Tajuk : rasa hati berbicara dalam pancasila

ku lakar monumen penuh inspirasi,
dari tautan syuhada bermula destinasi,

jalan ini penuh likunya,
cita-cita juga harapan tegar berputar belit,
antara kehendak mahupun keperluan,
berentaksila dengan jayanya,
tapi...
rasa hati kian menawan,
puncak maksima antalog mula bermadah,

meniti kematangan usia,
berfikir secara resolusi,
petikan dan rentak bermain rasa,
menjadi dunia penuh pancaroba,

rasa itu ku pilih untuk mati,
tapi ianya mati pada zahir,
dalaman tetap mekar,
jauh di sudut hati penuh konklusi,
dalam mengetuk pasca ritma simbiosis,
jalinan itu tetap menjadi doktrin

berbicara itu tiada salahnya,
berkias itu tiada konkritnya,
dalm berbicara ada kiasnya,
dalam kiasnya ada misinya,
dalam misinya tercetus impaknya,
konklusi mencapai misi....

Nukilan : Sa'adiah Nored
#rasahatitaksudahberbicara#

Saturday, October 1, 2011

~Tautan syuhada 1

bila hati ingin berbicara :

ya Allah ampunkanlah dosa hambamu ini,
kerana selama ini sentiasa khilaf padaMu,
sejujurnya hati sentiasa meronta,
saat musibah sentiasa melanda,

pertamanya ku sujud syukur padaMU,
segalanya ku redhakan,
segalanya alhamdulillah,
kerana masih ada ruang untuk yang lain,

ya Allah jika dulu air mata kehilangan ku titiskan,
hari ini,
air mata kesyukuran ku titiskan,
tatkala ketentuanMu amat bererti,
bagi diri seorang hambaMu yang hina ini,

ya Allah sesungguhnya benar,
jika hari ini engkau memberikanku hujan,
pasti engkau menyimpankan untukku pelangi,
dan hari ini,
engaku bukakan pelangi itu untukku,
tiada ungkapan yang lebih bermakna,
selain Alhamdulillah...

ya Allah,
sesungguhnya benar ini ketentuanmu,
berilahku kekuatan untuk mengharunginya,
kerana kisah lalu hanya tinggal sejarah,
dan hari ini,
lembaran baru bakal bermula,

sesungguhnya ku masih tak mengerti,
lelaki yang baik untuk wanita yang baik,
tetapi apa yang engkau anugerahkan padaku,
alhamdulillah,
engkau juga yang maha mengetahui,

sesungguhnya....
dia yang berlalu,
ku tinggalkan dirimu padaNya,

Nukilan : syuhada

~antalog saerah 5

Rasa hati nukilan dilakar :

diri memilih dia atas sebab :
1. dia menunggu sehingga diijabkabul
2. dia membuatku tertawa dikala kesedihan
3. dia meletakkan keluarga adalah perkara utama
4. dia selalu membuatku selesa
5. dia selalu tenang
6. dia melayan yang lebih muda dengan baik
7. dia sangat baik pada yang tua
8. dia mempunyai mata yang perang dan rambut yang hitam
9. dia selalu bertanya jika ku selamat sampai ke rumah
10. dia mempunyai cita-cita untuk masa depan, bukan untuk dia sahaja, tapi untuk kami
11. dia sentiasa tersenyum
12. dia sentiasa ceria
13. dia sentiasa mengatakan ku untuk senyum ketika ku sedang dalam amarah
14. dia seorang yang spontan
15. dia tak mengenal erti putus asa padaku
16. dia lebih tinggi dari diriku
17. dia sentiasa perasan pada benda sekecil zarah juga
18. dia menghormati daku
19. dia mengenali rakan-rakanku
20. ini....akan menjadi selepas diijabkabulkan....(dia sentiasa memegang tanganku tanpa bertanya apa)

Bila hati berbicara...

Friday, September 30, 2011

~antalog saerah 4

Genre : Puisi
Tajuk : rentaksila taulan berpicisan


ku lakar tinta buat renungan,
antara sahabat,rakan,kawan dan taulan,
ungkapan resam buat tuturan,


taulan,
kita berteman tak kenal pangkat,
tak kenal bangsa,
tak kenal adat,
tak kenal agama,
tak kenal siapa-siapa,
tapi...
kita tetap berteman,


taulan,
hadirmu itu penuh makna,
bukan sekadar retorik sahaja,
tapi ia antalik penuh simbolik,


jika kamu sejujurnya taulan,
jangan menikam dari antalogmu,
jika kamu sejujurnya teman,
jangan mengaib si pulan si pulan,
jika kamu sejujurnya rakan,
jangan kamu hipokrt cuma,
jadilah taulan sejujurnya,
berteman dengan keihlasan,
agar tiada sakit pangkal dan hulunya,


taulan,
jika tinta masih melakar,
gegar rasa dalam panorama,
membingkis mencanting seantero persada,
ku mengharap,
agar kamu,
taulan berkarisma....


Nukilan : Syuhada Nored
A303 IPG KENT,12.18 am (1/10/2011)

Tuesday, September 27, 2011

~antalog saerah 3

Genre : Puisi
Tajuk : Je Te aime di Touluse

rasa hati ingin bergurindam,
tapi bait memilih puisi,
kerana sukar diungkapkan gurindam,
ceritaku panjang berjela,

antalogku terbang menerjah awan,
membawa antalik sanubari yang bungkam,
pasca rancasila mula berirama,
antara aime yang sekecil zarah,
maupun aime yang seluas cakerawala,

pabila ku jejakkan antalogku di Touluse,
segenap rasaku memulakan untaian,
kata-katanya tersusun bait demi bait,
kerana aime sudah ditemui,

segenap rasa bercengkerama,
aku mulai tersenyum,
kerana ukiran je te aime ku terima,
dari antalogku terbang ke Touluse,
mencari sinar baru,
mendakap impian baru,
bergelumang nista baru,
duniaku kian baru,

sudah ku tinggalkan jejak-jejak bungkam  triste,
kegurisan dalam sanubari memecah segenap aime,
dari seorang jejaka picisan,
menoda aime bergelumang la corruption,
hiba membawa diri bersama antalog dan antalik,

kini...
Touluse je te aime,
bersama impian baru,
harapan baru,
cita-cita baru,
di sini,
bermula,
antalogku terbang,
bermadah bicara,
beribu batu jauhnya,
bersama antalik perancis,

tanpa menoleh ke belakang lagi,
ku teruskan perjuangan,
langkah demi langkah,
diatur rapi,
merebut segala ruang dan peluang,
agar tak kecundang lagi,
picisan ditinggalkan,
terbang membelah awan,
langitud dan latitud yang tiada pada radar,
memberi senyuma padaku,

kerana itu....

je te aime Touluse...

Nukilan : Saerah Nored
Touluse 2011

Sunday, September 25, 2011

~antalog saerah 2

Genre : Puisi
Tajuk : kebahagiaanmu kekandaku...
(dedikasi buat kekanda tersayang Ashikin Syafikah atas pertunangan 16 Sept 2011)

tatkala detik ini,
ku mulai gugurkan airmata,
saat ku menerima panggilan kekanda,
selamat menjadi tunangan yang tersayang,
rasanya kebahagiaan itu sudah datang serunya,

bersyukur ke hadrat Illahi duhai kekandaku,
akhirnya itu jalanmu,
tabahkan hatimu,
menghadapi hari-hari mendatang,
penuh cabaran godaan dan bisikan,
yang menguji detik ini,

walau kita tak sesempurna siti khadijah,
walau dia tak sehebat rasulullah,
sma2lah menghargai apa yang diperolehi,
agar beroleh kebahagiaan yang berpanjangan,

akhirulkalam,
ku doa semoga berkekalan ke anak cucu,
jadikan ini tarbiah,
untuk menjadi isteri solehah disamping suami yang soleh,
insyaAllah....

p/s : mohon maaf ketidakhadiran ke majlis itu,
disebabkan masih di Ranau membuat kajian lapangan,
disamping melihat gambar-gambar kekanda,
adindamu di sini cemburu..
doakan adindamu jua beroleh jodoh yg baik...Amin...
selamat bertunang kekandaku Asyikin Syafikah dengan tunangnya Khairul Asyraf..

~antalog saerah 1

Genre : Puisi
Tajuk : Rania selembut sutera

ku kilau permata sianaran mentari,
ku lihat jau ke dalam tinta lazuardi,
panahan itu mencengkam kolbi,
meniti senja menyingkap dinihari,

pabila suratku kini ku karang,
buat yang jauh di perantauan,
kerinduan terlalu stigmanya menjulang ke angkasa,
melintasi segenap cakerawala,
namun masih belum terkias,
kerana rinduku kesumat lantera,

buat cintaku Rania,
anakanda kesayanganku,
walau jauh kita terpisah,
namun tekadku buatmu,
sentiasa dekat walau seinci,

titip kasihku buat New Delhi,
pabila Taj mahal tempat ku kenang,
rania jua tetap di hati,

salam rindu juga kasih,
buat anakanda yg berbatu jauhnya,
kerana Rania sutera hatiku,
pelembut sanubariku,
susah dan senang kita bersama,
Rania....
selembut sutera...

Nukilan : Syuhada Nored
Dedikasi buat ilyaa -New Delhi 2011

Saturday, September 24, 2011

~Tinta Fashika 5

Genre : pantun
Tema : Bebas

Haruan tasik, telur belangkas,
dimakan dengan si ulam raja,
hendak merisik, risiklah lekas,
kalau berangan melepas sahaja

kait pinang pilih-pilihan,
jangan dikait pinang muda,
kalau terkenang nasibku tuan,
tuliskan bait untuk kakanda

menanam kapas di bawah bukit,
menumpang dedalu tidak diduga,
tubuh dihempas hati yang sakit,
kerana selalu dikayu tiga

anak belia berseluar sendat,
konon berasa hebat gerangan,
hidup manusia resam beradat,
budi bahasa dijual jangan

dibuang lumut sampan digala,
asyik diperhati oleh aki,
matinya semut kerana gula,
matinya hati kerana dengki

anak teruna menjual baulu,
sejak pagi di pangkal titi,
tinggi mana si kinabalu,
tinggi lagi harap di hati

duduk memintal tali di bagan,
nakhoda arab meminta serbat,
tidur sebantal makan sepinggan,
tandanya akrab dua sahabat,

Nukilan : Pak Nazel
sensei pantun,kitabnya jadi panduan.
p/s : pantun 4 kerat biasa digunakan dalam kehidupan seharian,
ianya hanya perlu 4 patah perkataan dalam satu baris dan memerlukan 13-14 suku kata sahaja,
rima akhir a,b,a,b
rima tengah juga a,b,a,b

~Tinta Fashika 4

Genre : Puisi
Tajuk : Satelit buluh perindu di stalagmit niah

jauh perjalanan memecut laju,
prado perak kian meninggalkan negeri bawah bayu,
pabila kawalan pos merapok sudah dilepas,
kini kaki di bumi kenyalang,

tatkala hati kosong dan fikiran melayang,
ku lihat setiap perjalanan,
penuh keindahan ciptaan illahi,
ku panjat syukur pada yg Esa,

sudah seharian perjalanan ditempuhi,
akhirnya pabila senja melabuh tirai,
sang roda masih memecut di jalan negara Brunei Darussalam,
hinggalah tiba di pos terakhir melintasi sempadan negara,

kini...kaki memijak di bumi kenyalang lagi,
M.I.R.I kini menapak,
malam melabuh tirai,
punggung juga terasa sakit,
akibat perjalanan yang memakan masa 10 jam,
membuatku cukup untuk hari ini,

bumi kenyalang tersangatlah indah,
aku bersyukur sampai ke sini,
kerana dia jadikan ku jatuh cinta,
pada ini tempat ku berpijak,

aku selesa dengannya,
ingin ku tinggal lebih lama,
namun kekangan matlamat hidup,
membuatku terasa berat untuk pergi,
kerana cintaku sudah di sini,
semoga akan datang kembali lagi...

Nukilan : Syuhada Nored
Nukilan perjalanan KK-BRUNEI-MIRI 2010

Friday, September 23, 2011

~Tinta Fashika 3

Genre : Puisi
Tajuk : Epilog semerbak merdeka
Perjalanan ini ku telusuri sendirian,

Dalam keheningan suasana Gunung Kinabalu ku bermonolog,
Merdeka… merdeka… merdeka…
Apakah erti merdeka?        
Memoir minda meniti persoalan bercambah,
Diksi bertaburan,
Sirnanya memoir indah bersama hembusan bayu,
Hilang embunnya tatkala mentari menyusur cakerawala,

Lama ku titip pencarian,
Adakah merdeka itu pasti?
Semerbak kasturi, kilauan permata,
Itukah merdeka?
Atau… ia hanya sembilu,
Perisai ‘Singa Allah’,
Yang menikam musuh-musuh kental tanpa gentar sedetik pun,
Setajam itukah merdeka?

Aduhai pertiwi,
Sudah abad 21 kaki melangkah,
Merdeka sudah dilakar 53 tahun,
Apakah sudah cukup lazuardi merdeka itu?
Sukar ku ungkapkan,
Pelayaran Ibnu Batutah tak dapat ku telusuri,
Lelahku memikirkan,
Apakah sebenarnya merdeka itu,

Puas ku mengintai celaru sang mental,
Akhirnya…
Merdeka itu ku temui pokok pangkalnya,
Ku geledahi teras buminya,
Plat tektonik yang menghalang mentaliti berpaksi proaktif,
Ku tepis segalanya,
Akhirnya ku temui,
Sebutir permata,
Konklusi segala persoalan,
Bingkisan 53 tahun melakar kemerdekaan,
Hanya aku mengerti,

Melakar memoir indah sepanjang 53 tahun,
Malaysiaku merdeka,
Indahnya gunung kinabalu,
Megahnya menara berkembar petronas,
Membangunnya wilayah Iskandar Malaysia,
Tecetusnya pemerintahan RAHMAN,
Tunku Abdul Rahman bapa kemerdekaan,
Tun Abdul Razak bapa pembangunan,
Tun Hussein Onn bapa perpaduan,
Tun Mahathir bapa pemodenan,
Tun Abdullah bapa Islam Hadhari,
Dan…
Dato Seri Najib bapa 1Malaysia,
Revolusi demi evolusi tercetus sehinggalah,
Terbentuknya Malaysia 2010,
Memacu wawasan 2020,
Terus memacu dengan kelajuan maksimum,
Mengikut dasar-dasar tertentu,
Landasan hakiki teras pembangunan,

Dalam kelajuan memacu sang pelumba,
Tak disedari kebocoron minyak RON95 di tengah jalan,
Mengapa ini terjadi? Mengapa?
Desirnya berdesing keras di cuping telingaku,
Sehingga mentalitiku kembali kelabu,
Diselaputi pencemaran kesan rumah hijau,
Sisa toksik merebak pantas,
Air bersih dicemari sang kelodak,
Menggigilku ketakutan,
Merdeka apa ini?
Apa semua ini?
Apa?!

Menangis hiba sang hatiku,
Berpelesaran si stoking hitam,
Bermanjaan si rempit liar,
Rokok Dunhill menjadi gula-gula harian,
Dadah,ganja,syabu,maksiat menghembus busuk neraka jahannam,
Astaghfirullah hal aziim…
La ila ha illallah…
Runtuh piramid Giza,
Gempa bumi di gunung everest,
Tsunami 2006 datang kembali,
Gelombang akhir zaman kian menampakkan tanduknya,
Masih merdekakah itu?

Masih ku sedar,
Masih waras ku berpijak di bumi nyata,
Ufuk timur, barat, selatan dan utara,
Masih jelas noktahnya,
Namun… hiba hati,
Hanya Tuhan maha mengerti,
Di manakah sudah haruman lavender merdeka,
Masihkah ia semerbak,
Atau sudah berulit dengan bau jannah?

Biarkan lah ia berlalu,
Merdekaku kian sirna,
Egois semakin menebal,
Evolusi semakin meruap-ruap bagai gunung berapi Pinatubuo,
Lemas dalam dunia sendiri,
Terkapai-kapai mencari jalan pulang,
Sang kelodak tiada penghujung,
Sinis!
Hampa,kecewa,marah,geram,sedih…
Hanya doa mampu ku titipkan,
Kembalikanlah merdekaku,
Malaysiaku masih berdaulat…

Nukilan : Syuhada Nored
Hasil karya puisi kemerdekaan 2010 IPG Kent

~Tinta Fashika 2

Genre : Gurindam
Tajuk : Laksana kiambang bertaut

tertaut hati pada teruna,
namun hilang entah ke mana,

berjuang bergalang jiwa dinoda,
disulam semangat digilis roda,

jatuh tempias indera kayangan,
tanahnya sulu jadi naungan,

lidah berkelana bibir bertutur,
cantas kata kurang diatur,

budi ditabur bukan sedikit,
namun dilupa berbukit-bukit,

Nukilan : Fashika
P/S : baru berjinak dengan gurindam

~Tinta Fashika 1

Genre : Puisi 
Tajuk : Arigatou Kuzaimas Ilyaa 

pahat berbunyi,
tatkala hening malam kian berlabuh,
ilhamku datang tanpa diundang,
mencoret nukilan buat insan istimewa,
pernah bertahta di sanubari,

tanggal 2009 mula bercengkerama,
bibit di hati mencari pengganti,
tiada terbuka ruang di hati,
luka lama belum disembuh,
hadirnya di sisi pengubat luka,
janji dimetrai 2009,

suka duka diharung bersama,
tatkala sedih ada hati ditumpang pilu,
tatkala gembira ada senyuman ditumpang ukiran,
segalanya bagai baru semalam ku lalui,

hari-hariku indah dengan khabarnya,
hari-hariku tertekan dengan konfliknya,
asam garam dirasa bersama,
jatuh bangun ada pendampingnya,
kikiran juga ukiran kenangan terpahat di jiwa,

makan minumku dijaga rapi,
tatkala makan bersama,
pedas dan asam dilarang sekali,
diberi jua sedikit cuma,
namun tetap dijaga rapi,
segalanya teratur satu persatu,

wayang dan boling hobi bersama,
ada saja aktiviti baru,
walau bola itu berat,
semakin hari semakin jinak bersamanya,
darinya jua boling kegemaran,
MCD dan KFC santapan ekspres,
bagai ekspreso dari Milan,

namun...
segalanya kini berubah,
hatinya tiada ruang untuk kenangan itu,
tertinggal di sini sendirian,
hanya doa mampu diiringkan,
hati tak mampu membencinya,
walau sakit perlu dipendam,
kerana sayang itu masih segar,
tintaku lakar buat ilyaa....
semoga dirimu turut merasa....
arigatou kuzaimas ilyaa...
私はあなたを愛して
私はあなたがいなくて寂しい
あなたの愛し、世話していただきありがとうございます



Nukilan : Ilyaa 
אַפיק אַריפין     

~Ilham Ilyaa 5

Genre : Puisi
Tajuk : Skeleton samudera Petersburg

rentak paluan gambus berirama,
menyinar hari si pendayung tua,
hembusan bayu pantai St Petersburg,
membibit cinta di bumi Rusia,

jari-jemari lemah gemalai,
mula bertakrif kencana tautan,
digigil digigih sang skeleton,
menggerak geri langkah tersusun,
tercantas lukutan menanak nasi,
gegar menjadi sebuah bayangan,

samudera itu kian terpauh,
sauh dilabuh,
tirai diampai,
st peterbug cinta berputik
skeleton KURSK menjadi saksi,
melabuh samudera di bumi ini,
kenangan terpatri bersemi dijiwa,

andai mampu ditolak ditambah,
langkah itu kan diubah,
diatur rapi penuh gemalai,
agar skeleton terus menerjah,
samudera Petersbug jadi memoir....

Nukilan : Saadiah Nored